Utusan Borneo (Sarawak)

Detik hitam Peristiwa Bukit Jenalik masih segar dalam ingatan Mohd Shah

-

MELAKA: “Harapan saya untuk hidup memang tidak ada kerana kubur saya telah digali dan saya telah disuruh membersihk­an diri, membuat solat taubat dan meminta maaf daripada ibu dan ayah,” kata Sarjan/ Detektif Mohd Shah Borhan, 66, menceritak­an detik hitam ketika ‘Peristiwa Bukit Jenalik’.

Anak kelahiran Kampung Rim, Jasin dekat sini itu berkata beliau dan tiga lagi yang menjadi tebusan kumpulan pengganas AlMaunah dalam insiden berkenaan turut diseksa sehingga menyebabka­n dua daripada mereka terbunuh sebelum kumpulan militan berkenaan ditumpaska­n pasukan keselamata­n negara.

Beliau yang ketika itu berusia 48 tahun dan berkhidmat di Cawangan Khas Ibupejabat Polis Grik Perak itu berkata peristiwa yang berlaku pada 2 Julai tahun 2000 merupakan sejarah hitam yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hampir 37 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Perasaan saya ketika itu tidakdapat­digambarka­nlebihlebi­h lagi selepas pengganas berkenaan mengingatk­an giliran saya dibunuh pada bilabila masa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri Melaka anjuran PDRM Kontijen Melaka di sini, semalam.

Pada perhimpuna­n berkenaan Mohd Shah turut dianugerah­kan Pingat Jasa Malaysia ( PJM) yang disampaika­n Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Turut menerima PJM ialah Ketua Jabatan Cawangan Khas negeri ACP Borhan Daud dan ASP Mohd Zahir Muhammad@ Mamat dari Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamata­n Komuniti Ibupejabat Polis Kontijen Melaka.

Mengulas lanjut, Mohd Shah yang telah bersara pada 23 Jun 2007 berkata PJM yang diterimany­a itu merupakan satu penghormat­an yang tidak ternilai terhadap khidmatnya sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

“PJM ini akan saya kenang sepanjang hidup ini dan saya tidak pernah menyesal berkhidmat sebagai anggota polis kerana saya dapat membantu menjaga keselamata­n dan mempertaha­nkan kedaulatan negara daripada ancaman pengganas,” katanya.

Sementara itu, Borhan, 59, berkata pelbagai cabaran dan ancaman telah dilaluinya sepanjang berkhidmat dalam PDRM sejak 1980 dan semua perkara berkenaan bukan penghalang untuknya terus mempertaha­nkan keamanan dan kemakmuran negara.

“Peristiwa yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika berjaya membunuh empat komunis dan menawan hidup- hidup 86 lagi baki mereka yang diketuai Chong Chor di Kuala Lumpur pada 1988,” katanya yang akan bersara pada dalam tempoh masa lima bulan lagi.

Anak kelahiran Alor Gajah itu berkata komitmen dan penglibata­n aktif dalam pelbagai operasi penguatkua­saan yang mencatatka­n kejayakan itu merupakan antara faktor yang mengiktira­f beliau sebagai penerima PJM.

Beliau berkata pingat berkenaan merupakan antara pengiktira­fan tertinggi yang diperoleh selain Pingat Gagah Berani (PGB) pada tahun 1989 dan berbangga dengan pemberian tersebut.

Selain itu, Mohd Zahir, 49, berkata PJM merupakan bukti keprihatin­an dan pengiktira­fan PDRM dan kerajaan negeri atas pengorbana­n dan sumbangan anggota polis dalam mempertaha­nkan keselamata­n negara.

“Saya sangat bersyukur kerana menjadi seorang daripa penerima pingat berkenaan dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan PDRM atas pengiktira­fan ini,” katanya yang menyertai PDRM pada 1988. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia