Utusan Borneo (Sarawak)

Daftarkan anak sertai Cabaran Halangan Kanak-Kanak S1FU 3.0

-

MIRI: Ibu bapa dipelawa mendaftark­an anak mereka yang berumur empat hingga 12 tahun bagi menyertai Cabaran Halangan KanakKanak S1FU 3.0 (S1FU Kids Obstacle Challenge 3.0) pada Sabtu, 17 Mac ini.

Program itu merupakan anjuran Saiful One Fitness United (S1FU) dalam usaha menerap gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Jurucakap penganjur Faryz Yusop berkata, bertemakan ‘Superhero’, program terbabit akan berlangsun­g di Balai Bomba Lopeng hingga jam 11 pagi.

“Ini merupakan penganjura­n kali ketiga setelah mendapat sambutan memberang- sangkan daripada masyarakat setempat khususnya ibu bapa yang mendorong serta menggalakk­an anak-anak mereka menyertain­ya.

“Ia juga sebagai usaha kami mengisi musim permulaan cuti persekolah­an dengan aktiviti bermanfaat, di samping menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan mereka,” katanya.

Menurut Faryz, bayaran pendaftara­n RM30 untuk setiap penyertaan berkenaan akan merangkumi pingat penamat, sarapan pagi dan ‘goodies’.

Cabaran tersebut dibuka kepada tiga kategori iaitu Kategori A untuk kanakkanak berumur empat hingga enam tahun, Kategori B ( tujuh hingga sembilan tahun) dan Kategori C (10 hingga 12 tahun).

“Kami turut menggalakk­an kanak-kanak mengikut tema terbabit bagi membolehka­n mereka memenangi hadiah ‘The Best Costume’, selain hadiah menarik menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori,” tambahnya.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut boleh menghubung­i pihak penganjur di talian 012-853 8595 atau 016- 577 7565 serta melayari laman sosial Facebook Saiful One Fitness United.

Tarikh tutup penyertaan adalah Khamis ini, 15 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia