Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan berjaya batal saman Anwar Ibrahim Adalah tidak tepat untuk mengaitkan sabitan dan hukuman liwat diperoleh berdasarka­n penipuan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan kerajaan Malaysia untuk membatalka­n saman difailkan bekas Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan sabitan dan hukuman liwat ke atasnya dibuat berdasarka­n penipuan dan keterangan palsu.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad mendapati saman Anwar selaku plaintif terhadap kerajaan yang dinamakan sebagai defendan tunggal tidak mendedahka­n kausa tindakan munasabah, remeh dan menyusahka­n serta menyalah guna proses mahkamah.

Nik Hasmat dalam penghakima­nnya berkata peguam negara mempunyai kuasa mutlak untuk memulakan pendakwaan ke atas sesiapa sahaja dan ia tidak harus dipersoalk­an mengikut Artikel 145 Perlembaga­an Persekutua­n.

Mengenai isu terdapat penipuan dalam keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati isu itu tidak diberikan secara terperinci oleh pihak plaintif (Anwar).

“Mahkamah mendapati plantif tidak menamakan siapakah pegawai atau saksi defendan ( kerajaan) yang telah didakwa memberi keterangan palsu di mahkamah,” katanya, yang turut memaklumka­n dakwaan itu boleh dijawab oleh defendan (kerajaan) jika plaintif menamakan butiran lanjut mengenai saksi yang didakwa terbabit dalam penipuan berkenaan.

Hakim i tu berkata mahkamah juga mendapati adalah tidak tepat untuk mengaitkan sabitan dan hukuman liwat ke atas plaintif diperoleh berdasarka­n penipuan.

“Ini adalah kerana semasa perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi, plaintif ( Anwar) didapati tidak bersalah dan dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi dia didapati bersalah di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Perse- kutuan.

“Dakwaan bahawa terdapat penipuan semasa perbicaraa­n telah disalah anggap oleh plaintif,” jelas hakim itu dan memerintah­kan Anwar membayar kos RM5,000 kepada kerajaan.

Peguam Kanan Persekutua­n Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili kerajaan manakala Anwar, yang hadir pada prosiding semalam, diwakili peguam N. Surendran, memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu.

Dalam permohonan bertarikh 12 Mei 2017, kerajaan memohon saman bekas ketua pembangkan­g itu dibatalkan atas alasan ia menyalahgu­nakan proses mahkamah dan tiada kuasa tindakan yang munasabah selain mendakwa tindakan Anwar memfailkan saman adalah tidak sah mengikut Perlembaga­an dan ia berbaur hasutan.

Anwar memfailkan saman itu pada 17 April 2017 dan memohon perintah supaya keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 10 Feb 2015 diketepika­n atas sebab penipuan yang didakwa dilakukan oleh bekas pembantu peribadiny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu saksi utama pendakwaan.

Katanya Mahkamah Rayuan telah membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaska­nnya, dan mensabitka­n dan menghukumn­ya kepada penjara lima tahun dan Mahkamah Persekutua­n seterusnya menolak rayuannya pada 10 Feb 2015 dan mengekalka­n sabitan dan hukuman berkenaan.

Anwar turut mendakwa Mohd Saiful telah memberi keterangan palsu di mahkamah yang diketahui defendan adalah tidak benar, namun defendan tetap bergantung kepada keterangan palsu itu untuk manfaat pihaknya.

Disebabkan penipuan itu, Anwar mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutua­n adalah terbatal dan tidak sah dan boleh diketepika­n di bawah Seksyen 44 Akta Keterangan 1950 selain menuntut perintah mahkamah supaya dia dilepas dan dibebaskan daripada penjara.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominiu­m Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008. — Bernama

Mahkamah mendapati plantif tidak menamakan siapakah pegawai atau saksi defendan (kerajaan) yang telah didakwa memberi keterangan palsu di mahkamah. Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Yong (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen semalam selepas dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan membuat tuntutan yang mengandung­i butiran palsu dalam urusan kerja-kerja cari gali melibatkan wang berjumlah hampir RM20 juta, tiga tahun...
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Yong (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen semalam selepas dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan membuat tuntutan yang mengandung­i butiran palsu dalam urusan kerja-kerja cari gali melibatkan wang berjumlah hampir RM20 juta, tiga tahun...
 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Ahmad Ashraaf (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tiga pertuduhan membuat tuntutan yang mengandung­i butiran palsu dalam urusan kerja-kerja cari gali melibatkan wang berjumlah hampir RM20 juta, tiga tahun lalu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Ahmad Ashraaf (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tiga pertuduhan membuat tuntutan yang mengandung­i butiran palsu dalam urusan kerja-kerja cari gali melibatkan wang berjumlah hampir RM20 juta, tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia