Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman lima penuntut UPNM

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung pembatalan pelantikan mereka sebagai Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraa­n UPNM.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarka­n bantahan awal dikemukaka­n Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan semakan kehakiman berkenaan.

Azizah memerintah­kan setiap pemohon iaitu Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Akmal Akif Alias, Mohamad Syazwan Musa, Muhamad Ashraf Abdullah dan Muhammad Amirul Asraff Mala membayar kos sebanyak RM1,000 kepada Akademi Latihan Ketenteraa­n UPNM, UPNM, Kementeria­n Pertahanan Malaysia dan kerajaan Malaysia selaku responden.

Kelima-limapemoho­nyang berusia 22 tahun itu, sebelum ini didakwa di mahkamah di sini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap rakan seuniversi­ti mereka, Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba dan kes itu masih di peringkat perbicaraa­n.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi, pada 21 Mei 2017 dan di bilik 04-10, asrama sama, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei tahun lepas.

Pada 26 Feb 2018, Jabatan Peguam Negara mengemukak­an bantahan terhadap permohonan pelajar itu atas alasan bahawa Akademi Latihan Ketenteraa­n dan Kementeria­n Pertahanan Malaysia tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Jabatan itu juga menyatakan bahawa pemohon tersilap apabila menamakan UPNM dan kerajaan sebagai responden kerana keduadua pihak tersebut bukan pembuat keputusan kerana pelantikan pemohon sebagai pegawai kadet adalah bawah bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera.

Pada 12 Feb lepas, Ahmad Shafwan, Muhammad Akmal Akif, Mohamad Syazwan, Muhamad Ashraf dan Muhammad Amirul memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi peguam Datuk Hazizah Kassim, manakala kesemua responden diwakili Peguam Persekutua­n M. Kogilambig­ai.

Menerusi permohonan itu, mereka yang kini digantung pengajian memohon perintah certiorari untuk membatalka­n keputusan kesemua responden bertarikh 19 Okt 2017 berkaitan pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet Akademi dan ditamatkan daripada perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia.

Pemohon mendakwa keputusan yang dibuat kesemua responden adalah pramatang, tidak sah dan terbatal serta bercanggah dengan Perjanjian Mengikuti Pengajian dan Latihan di universiti itu bertarikh 12 Mei 2014.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa tuntutan pembayaran balik wang ganti rugi kepada kerajaan sebanyak RM29,954 akibat pelanggara­n perjanjian universiti adalah tidak sah, selain memohon perintah mandamus supaya responden membayar gaji pemohon dari Julai 2017 hingga tarikh penggantun­gannya di akademi latihan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia