Utusan Borneo (Sarawak)

Artikel tohmah Tabung Haji sebabkan 3,105 pendeposit hilang kelayakan tunai haji

-

KUALA LUMPUR: Seramai 3,105 pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hilang kelayakan menunaikan haji, termasuk kehilangan tahun giliran untuk menunaikan haji, berikutan artikel tohmahan terhadap perbadanan itu oleh Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dua tahun lepas, Mahkamah Majistret di sini diberitahu semalam.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar berkata, ia berikutan pendeposit menutup akaun selepas hilang keyakinan terhadap Tabung Haji ekoran artikel tohmahan terhadap perbadanan itu yang disiarkan dalam akaun Facebook milik Mohd Rafizi pada 9 Februari 2016.

“Pada tempoh Januari dan Februari tahun 2016, seramai 3,954 pendeposit telah menutup akaun dan daripada jumlah tersebut seramai 3,105 pendeposit telah hilang kelayakan menunaikan haji.

“Mereka perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin menunaikan haji dan perlu menunggu tempoh yang lebih lama,” katanya ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas pada perbicaraa­n kes Mohd Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandung­i tohmahan terhadap Tabung Haji.

Rozaida yang merupakan saksi pendakwaan ketiga berkata, sebelum ini terdapat pengeluara­n wang atau penutupan akaun namun alasan yang diberi adalah lebih bersifat peribadi seperti kematian pendeposit, pembelian rumah dan pelaburan persendiri­an di institusi kewangan lain.

Bagaimanap­un katanya, bagi tempoh yang dikaji, alasan pendeposit adalah kerana mereka tidak yakin dan hilang kepercayaa­n kepada Tabung Haji dan ingin melabur di tempat yang lebih selamat, yang secara tidak langsung menunjukka­n artikel tersebut telah menjejaska­n reputasi dan integriti pengurusan Tabung Haji.

Beliau berkata, berdasarka­n aktiviti pengeluara­n harian yang direkodkan Tabung Haji pada 10 Feb 2016, sehari selepas artikel itu disiarkan, terdapat peningkata­n pengeluara­n sebanyak RM41 juta, diikuti RM49.8 juta pada 11 Feb dan RM27.9 juta pada 12 Februari, berbanding hanya RM8 juta pada 9 Februari.

Terdahulu Rozaida menjelaska­n bahawa bonus yang dibayar Tabung Haji kepada pendeposit­nya yang melebihi keuntungan dijana pada tahun 2012 dan 2014 bukan bermotifka­n pilihan raya.

Beliau berkata, pernyataan yang dikeluarka­n itu adalah tidak benar kerana Tabung Haji merupakan satu institusi kewangan yang ditubuhkan secara berkanun dan mempunyai urus tadbir yang mampan.

“Sebarang kecenderun­gan yang menyatakan bahawa Tabung Haji boleh digunakan sebagai bahan politik menjejaska­n reputasi pengurusan Tabung Haji itu sendiri.

“Pengurusan Tabung Haji terdiri daripada pegawaipeg­awai yang bertauliah, profesiona­l dan berintegri­ti, yang telah diberikan amanah untuk menguruska­n dana bakal jemaah haji,” katanya.

Selain itu Rozaida men- jelaskan bahawa hibah yang diberikan Tabung Haji kepada pendeposit pada awal tahun 2015 juga tidak mempunyai kaitan dengan krisis 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan ia dibuat berdasarka­n peruntukan akta.

Mohd Rafizi mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009- 2015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, yang mengandung­i tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 9 pagi, 18 Februari 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar bersambung 4 April. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia