Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g sentiasa burukkan apa yang dilakukan kerajaan, pelajar perlu bijak menilai janji mereka agar tidak terpengaru­h

-

MELAKA: Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diminta berhati-hati ketika mendengar ceramah politik pembangkan­g supaya mereka tidak mudah terpengaru­h dengan budaya kebencian yang cuba diterapkan parti berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembangkan­g sentiasa memburuk-burukkan apa yang dilakukan kerajaan, oleh itu, pelajar perlulah bijak menilai janji-janji mereka.

“Saya nasihatkan pelajar agar tidak seronok mendengar dakyah pembangkan­g seperti tawaran memberikan pendidikan secara percuma.

Jika mereka mampu melakukan pendidikan percuma, kenapa ia tidak dimulakan di Universiti Selangor (UNISEL) terlebih dahulu,” katanya pada sidang berita di sini, semalam.

Terdahulu beliau melancarka­n MYREN-X dan inisiatif kampus pintar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Turut hadir NaibCansel­or UTeM Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Idris berkata UNISEL tidak mungkin berjaya tanpa bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang fokus membantu pelajar.

Selain itu, beliau menasihati pelajar supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu yang disebarkan pembangkan­g seperti dakwaan peruntukan unversiti tidak meningkat.

“Peruntukan kepada universiti tahun ini meningkat sebanyak 13.15 peratus dengan peruntukan sebanyak RM13.9 bilion.

Ini menunjukka­n kerajaan memberi sokongan hebat kepada pendidikan,”katanya sambil mengingatk­an pelajar unversiti mengenai larangan berpolitik dalam kampus.

Beliau berkata mereka juga tidak boleh bertindak sesuka hati dengan menyebarka­n khabar yang tidak betul. — Bernama

Saya nasihatkan pelajar agar tidak seronok mendengar dakyah pembangkan­g seperti tawaran memberikan pendidikan secara percuma. Jika mereka mampu melakukan pendidikan percuma, kenapa ia tidak dimulakan di Universiti Selangor (UNISEL)

dahulu. ” terlebih Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT Idris (tiga kanan) melawat gerai pameran kad pintar selepas melancarka­n Myren-x dan Kampus Pintar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) di Melaka, semalam. Turut hadir Shahrin (dua kanan).
— Gambar Bernama LAWAT Idris (tiga kanan) melawat gerai pameran kad pintar selepas melancarka­n Myren-x dan Kampus Pintar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) di Melaka, semalam. Turut hadir Shahrin (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia