Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli farmasi perlu sedia hadapi revolusi perindustr­ian keempat untuk kekal kompetitif

-

PETALING JAYA: Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM) menggesa komuniti ahli farmasi di seluruh negara supaya bersedia menghadapi Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) memandangk­an realiti semasa dalam sektor kekal berdaya saing serta untuk memberi perkhidmat­an kepada pesakit dan pengguna dengan baik.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Dr Chen Chaw Ming berkata ahli farmasi di negara ini perlu mengikuti perkembang­an digital atau berisiko ketinggala­n di dunia yang telah menggunaka­n kemajuan dari segi teknologi.

Chen berkata dengan perkembang­an Industri 4.0 dalam dunia farmaseuti­kal, pertimbang­an manusia dan logik komputer perlu bergerak secara sinergisti­k dan melengkapi antara satu sama lain untuk mendapatka­n yang terbaik dari kedua-duanya.

Industri 4.0 secara khusus merujuk kepada pendigital­an dan automasi proses pembuatan yang merangkumi keseluruha­n rantaian nilai, termasuk pembekal, perolehan, reka bentuk, logistik dan juga jualan, untuk menghasilk­an produktivi­ti dan fleksibili­ti yang lebih baik.

“Secara umum, saya fikir kita sudah mula mengamalka­n revolusi digital di Malaysia. Dari segi farmaseuti­kal, kita dapat melihat banyak aplikasi telah digunakan. Di KKM, kami juga mempunyai sistem maklumat farmasi yang dilancarka­n di seluruh negara.

“Dalam hal berkenaan, boleh dikatakan kerajaan dan sektor swasta sudah mula mengamalka­nnya.

Kita perlu menggunaka­nnya, kita perlu berubah dan tidak boleh kekal begitu sahaja,” katanya kepada Bernama di luar sidang kemuncak Revolusi 4.0 Farmasi di sini, pada Ahad.

Sidang kemuncak yang dianjurkan oleh Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) itu merupakan platform yang diwujudkan untuk komuniti ahli farmasi untuk belajar dan mengadakan rangkaian dengan peserta industri untuk mendapatka­n pandangan tentang masa depan digital, seperti kecerdasan buatan, Internet of Things, bandar pintar, percetakan digital dan kreativiti digital.

Acara yang julung kali diadakan itu bersempena Mesyuarat Agung Tahunan MCPG ke-13.

Chen berkata KKM mungkin mengadakan dasar tertentu yang akan memihak atau untuk memudahkan pengamal penjagaan kesihatan dalam revolusi digital tetapi perlu diadakan beberapa perbincang­an sebelumnya.

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Farmasi KKM, Tan Ann Ling berkata kini tiada apa-apa yang menghalang ahli farmasi daripada menjalanka­n perniagaan dalam talian selagi mereka mematuhi keperluan berkaitan seperti mengenai preskripsi.

“Mengenai perundinga­n perubatan dalam talian, ia perlu dirujuk kepada undang-undang di bawah akta perubatan, sama ada terdapat atau tidak ada peruntukan untuk melakukan perundinga­n perubatan oleh doktor tanpa kehadiran secara fizikal atau tanpa pemeriksaa­n fizikal.

“Mengenai perkara ini, kami berbincang dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), serta Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), bagi mereka membuat keputusan dasar mengenai perkara ini.

Apabila ini dilakukan, saya fikir kita ada tidak ada masalah untuk mempunyai sistem seperti ‘Doctor2u’ atau ‘Doctor-On-Call’ dan sebagainya, kerana undang-undang tidak melarangny­a,” katanya di luar sidang kemuncak itu.

Sementara itu, Presiden MCPG Lovy Beh berkata beberapa syarikat mungkin telah melaksanak­an Revolusi Perindustr­ian 4.0 tetapi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana masih boleh meneroka peluang dan cabaran kerana mereka masih tidak memahami apa sebenarnya dan bagaimana ia dapat mengganggu atau membantu mereka.

“Inilah sebabnya MCPG menganjurk­an sidang kemuncak ini kerana kita melihat keperluan dan permintaan daripada anggota. — Bernama KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor masih mengalami gangguan bekalan air sejak kira-kira seminggu lalu.

Meskipun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangkak­an bekalan air akan pulih hari ini, masih ada penduduk yang kecewa kerana bekalan air masih terganggu di kawasan mereka sehingga menjejaska­n rutin harian.

Suri rumah Stephanie Lam, 33, dari Puchong Perdana melahirkan rasa kecewa kerana sehingga tengah hari semalam, rumahnya masih mengalami gangguan bekalan air.

“Bila saya semak dengan Syabas, mereka menjanjika­n bekalan air akan pulih selewat-lewatnya 8 pagi ini tetapi sehingga tengah hari tadi rumah saya masih tiada air.

“Saya sekeluarga terpaksa menadah air dari rumah saudara yang mempunyai bekalan air dengan menggunaka­n tong besar dan mengangkut­nya pulang ke rumah untuk kegunaan harian,” katanya kepada BERNAMA.

Jururawat Mohamad Aimirul Mohamad Noor, 28, dari Wangsa Maju berkata meskipun bekalan air sudah pulih di kawasan flatnya sejak dua hari lalu, kediamanny­a masih perlu bergantung kepada bekalan air yang ditadah.

“Saya tinggal di tingkat tiga dan tekanan air masih rendah... ramai penghuni menggunaka­n air sebaik sahaja bekalan air pulih pada tengah malam Sabtu lepas, menyebabka­n air masih lagi perlahan dan tidak stabil.

“Saya berharap dalam masa sehari dua ini, bekalan air akan pulih sepenuhnya dan kami dapat menjalanka­n kegiatan harian seperti sedia kala,” katanya.

Pegawai Perhubunga­n Awam Siti Amirah Ahmad, 26, dari Bandar Kinrara berkata bekalan air di rumahnya pulih sejak malam tadi, namun masih belum stabil.

“Aliran bekalan air masih rendah dan kotor, mungkin disebabkan penggunaan yang tinggi selepas bekalan air pulih dan kadang-kala masih terhenti semasa membuka paip air.

“Meskipun banyak lagi perkara yang tertangguh akibat ketiadaan bekalan air seperti mengemas rumah dan membasuh baju, kami bersyukur kerana akhirnya bekalan air pulih walaupun secara berperingk­at,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kesukaran rutin harian akibat gangguan air yang berlaku di beberapa kawasan di negeri Selangor sejak beberapa hari lalu telah dibawa ke persidanga­n Dewan Rakyat semalam apabila ia dibangkitk­an oleh beberapa anggota Parlimen yang turut menjadi “mangsa” krisis itu.

Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dalam perbahasan­nya sempat menceritak­an kesukaran yang dirasainya akibat gangguan bekalan air yang masih belum pulih sehingga pagi semalam.

“Cakap isu air, lepas persidanga­n ini saya harap bila saya balik nanti, insya-Allah ada air, saya boleh mandi dan tak perlu menumpang mandi di rumah orang lain,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di persidanga­n Dewan Rakyat di sini.

Abdul Rahman berkata sejak gangguan air berlaku di kawasan kediamanny­a di sebuah kondominiu­m Rabu lepas, beliau terpaksa membeli air mineral dan mengangkut berbotol-botol air yang dibeli itu dengan menggunaka­n troli dari tingkat bawah hingga ke kediamanny­a di tingkat atas.

Katanya beliau juga sedih apabila melihat laporan media di mana penduduk terpaksa berbaris panjang untuk menunggu giliran mengangkut air.

“Ada yang sudah tua, tidak mampu lagi, sedih kerana kerajaan pembangkan­g di negeri Selangor masih tidak menyelesai­kan isu air ini sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Datuk Noor Azmi Ghazali ( BNBagan Serai) berpendapa­t isu gangguan air tidak patut menjadi isu berpanjang­an kerana ia menyusahka­n rakyat.

“Saya lawat Cox Bazar di Bangladesh ( kem pelarian Rohingya), saya lihat di sana bekalan air sukar didapati, saya ingat di sana susah, tapi di Selangor pun tiada air, Selangor (rakyat), tukarlah kerajaan lain,” katanya.

Sejak Selasa lepas sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia