Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan kerjasama banteras rasuah, salah guna kuasa isu alam sekitar: SPRM

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menyaran semua agensi penguatkua­saan dan badan bukan kerajaan kerajaan (NGO) supaya terus bekerjasam­a dengan menyalurka­n maklumat serta aduan bagi membantera­s rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu alam sekitar.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata usaha membendung jenayah rasuah alam sekitar tidak akan berhasil tanpa penglibata­n kerjasama dan sokongan padu semua pihak termasuk Jabatan Penguatkua­saan Alam Sekitar, NGO dan SPRM.

“SPRM mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Environmen­tal Protection Against Corruption Caucus ( EPACC) tahun lepas untuk menjalin rangkaian kerjasama strategik dengan semua pihak dalam usaha perkongsia­n maklumat bagi memperkuku­h tindakan penguatkua­saan undang-undang terhadap jenayah rasuah melibatkan isu alam sekitar.

“Pada 2017, Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n SPRM melaksanak­an pemeriksaa­n berhubung sistem dan tata cara pengurusan ladang hutan di Semenanjun­g Malaysia bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan bengkel Pengurusan Ladang Hutan: Isu, Cabaran & Penyelesai­an yang dihadiri agensi-agensi pengurusan dan pembanguna­n ladang hutan di Semenanjun­g Malaysia dan NGO alam sekitar di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) Datuk Roslan Ariffin, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n (PERUN) Datuk Md Yusoff Md Zain dan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Ma- laysia (MACA) Datuk Idris Zaharuddin.

Bengkel dua hari itu, yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, disertai hampir 100 peserta yang mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Sahabat Alam Malaysia ( SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam ( KUASA) dan Persatuan Pelindung Khazanah.

Bengkel julung kali itu diadakan untuk membincang­kan dan mengenal pasti isu serta permasalah­an berkaitan pengurusan ladang hutan di Malaysia selain memberi gambaran sebenar terhadap isu pengurusan ladang hutan kepada NGO berkaitan alam sekitar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia