Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat peribadi dan fail pelanggan bocor, kumpulan samseng timbulkan kekacauan

-

KUALA LUMPUR: Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) Yusuf Azmi membuat laporan polis terhadap empat kakitangan syarikat pengurusan yang dilantik susulan pembocoran maklumat peribadi dan fail milik pelanggan PPIM.

Yusuf yang juga Pengurus Syarikat Risk Group Management and Consultanc­y itu berkata laporan polis dibuat terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu selepas disyaki terdapat elemen sabotaj mengambil dan memberikan dokumen terbabit kepada pihak tertentu.

“Kami tidak pasti apakah tujuan mereka membocorka­n maklumat akaun peribadi saya, dokumen rahsia dan fail milik pelanggan syarikat berkaitan kes ah long.

“Ia mungkin bertujuan untuk menjatuhka­n imej saya, syarikat pengurusan ini atau PPIM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata keem- pat- empat individu berkenaan telah bekerja dengan syarikat pengurusan tersebut sejak dua bulan hingga setahun lalu.

“Kami sedang mengumpulk­an bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahka­n kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Yusuf berkata laporan polis turut dibuat susulan kekacauan yang didakwanya ditimbulka­n sekumpulan samseng di pejabat PPIM di Jalan Tun Ismail pada Khamis lepas.

“Ia disyaki telah dirancang rapi kerana kami mendapati wayar CCTV dipotong pada hari kejadian, “katanya.

Katanya kira-kira 30 orang yang menceroboh pejabatnya telah menimbulka­n kekeco- han termasuk menendang meja dan melarikan beberapa dokumen milik pelanggan syarikat.

Kumpulan itu dipercayai datang bersama seorang wanita yang mendakwa sejumlah wangnya yang telah diserahkan kepada PPIM untuk dibayar kepada ceti haram didakwa telah diseleweng oleh persatuan itu.

Yusuf bagaimanap­un menafikan dakwaan itu dan PPIM menurutnya sedang berusaha untuk menjelaska­n dan menyelesai­kan perkara itu secara profesiona­l. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBESAR: Mohd Zahari (dua kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n dadah jenis heroin dan methamphet­amine yang merupakan tangkapan terbesar untuk tahun ini pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dekat Raub, semalam.
— Gambar Bernama TERBESAR: Mohd Zahari (dua kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n dadah jenis heroin dan methamphet­amine yang merupakan tangkapan terbesar untuk tahun ini pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dekat Raub, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Yusuf (kiri) pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu khianat dan sabotaj dokumen syarikat oleh seorang wanita yang mendakwa beliau dan persatuan tersebut cuba menyelewen­gkan wangnya...
— Gambar Bernama JAWAB: Yusuf (kiri) pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu khianat dan sabotaj dokumen syarikat oleh seorang wanita yang mendakwa beliau dan persatuan tersebut cuba menyelewen­gkan wangnya...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia