Utusan Borneo (Sarawak)

Memo kepada ROS: Polis ambil keterangan tiga pemuda PH

-

PUTRAJAYA: Polis semalam memanggil tiga Ahli Pemuda Pakatan Harapan untuk mengambil keterangan berkenaan penyerahan memorandum tiga minggu lepas kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) berhubung kelulusan pendaftara­n Pakatan Harapan.

Mereka ialah Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda Amanah Sani Hamzan.

Syed Saddiq bagaimanap­un tidak dapat hadir semalam kerana mempunyai urusan peribadi.

Wong berkata ketigatiga ketua pemuda te- lah menerima panggilan daripada pihak polis dan dikehendak­i untuk hadir memberi keterangan berkenaan memorandum itu pada 21 Feb lalu.

“Kami sedia memberi kerjasama kepada polis. Tetapi, kami ingin bertanyaka­n kepada polis sama ada kami merupakan saksi atau orang yang kena siasat dalam penyerahan memorandum itu.

“Kami juga ingin tahu siapakah yang telah membuat laporan polis terhadap kami, sama ada pihak ROS, polis atau pihak ketiga.

“Kami berhak untuk tahu kerana sekiranya satu penyerahan dibuat secara aman dan damai, dan diterima oleh ROS tanpa apa- apa bantahan atau peristiwa tidak diingini, mengapa pihak polis perlu memanggil kami hari ini (semalam) untuk mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah ( IPD) Putrajaya sebelum memberi keterangan.

Sani berkata pihak ROS harus bertindak secara adil dan tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan permohonan kelulusan Pakatan Harapan pada masa ini, dan hanya PPBM sahaja yang disiasat oleh jabatan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia