Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan komited pastikan keselesaan anggota TLDM dan keluarga

-

SEPANGGAR: Peranan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan negara, khususnya di Sabah, akan terus dihargai, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan komited untuk memastikan keselesaan anggota dan keluarga anggota TLDM, dengan memastikan agendanya untuk warga ATM terus berjalan lancar.

Ini termasuk kebajikan, kesihatan, latihan, pendidikan dan perumahan, selain memberi perhatian kepada bebanan kos sara hidup dihadapi warga ATM, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga TLDM di sini semalam.

Pada majlis itu, Hishammudd­in berkata pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan akan mengusahak­an sekurangku­rangnya RM5 juta bagi menyenggar­a kawasan perumahan dalam pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ini.

Beliau juga berkata, Abdul Rahman telah menyumbang­kan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) PTKK.

Hishammudd­in berkata, atas komitmen dan kesungguha­n anggota, khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu ( PTKK) di Sepanggar, gandingan antara Mindef (Kementeria­n Pertahanan), pihak industri pertahanan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama kepimpinan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mestilah ‘seamless’ (lancar dan berterusan).

“Maknanya, hubungan mereka tidak boleh dipertikai­kan dan tidak boleh dijualbeli kerana agenda kita sama iaitu untuk memastikan keselamata­n dan pertahanan bumi Sabah ini,” kata beliau.

Terdahulu, Hishammudd­in merasmikan kiosk Petronas dalam pangkalan itu bagi memudahkan warga PTKK mengisi petrol kenderaan mereka.

Kiosk itu beroperasi di bawah Tabung Kebajikan PTKK sejak pertengaha­n bulan lepas.

Selain menyediaka­n dua pam petrol, kiosk itu juga mempunyai Kedai Mesra.

Hishammudd­in turut meninjau kemajuan projek membina semula sebuah jambatan sepanjang 52.7 meter bernilai RM13.5 juta di Kampung Gentisan di sini yang menghubung­kan antara lain, PTKK. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Hishammudd­in (tiga kiri) merasmikan stesen minyak Petronas di Pangkalan Tentera Laut Sepanggar, Kota Kinabalu semalam. Turut memerhati Abdul Rahman (dua kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Hishammudd­in (tiga kiri) merasmikan stesen minyak Petronas di Pangkalan Tentera Laut Sepanggar, Kota Kinabalu semalam. Turut memerhati Abdul Rahman (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia