Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jiwa Murni beri manfaat walau tidak capai standard JKR

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam diberitahu walaupun pembinaan jalan menerusi Projek Jiwa Murni (PJM) di Sarawak tidak mencapai standard Jabatan Kerja Raya (JKR), projek itu tetap memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata projek yang dilaksanak­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu telah memendekka­n masa perjalanan rakyat luar bandar selain memberi penjimatan kos sehingga 65 peratus.

“Sebagai contoh jalan di Belaga ke Nanga Merit di Kapit di mana kalau kita bina mengikut standard JKR, kosnya adalah sebanyak RM950 juta tetapi melalui projek ini kita hanya belanja RM326 juta iaitu 65 peratus lebih murah dan sudah pasti jalan ini tidak dapat capai taraf seperti yang disebut dalam penyata audit.

“Tetapi kalau dilihat projek-projek yang dilaksanak­an ini seperti projek Ba’KelalanBar­io, kalau dulu-dulu tentera nak sampai berhari- hari sehingga dua minggu baharu sampai, sekarang jalan dah siap dan dalam masa empat jam sahaja penduduk boleh keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin ( PKR- Bukit Katil) mengenai tindakan kementeria­n terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2015 yang mendedahka­n PJM itu tidak mencapai kualiti.

Johari berkata kementeria­n juga telah menjelaska­n perkara tersebut kepada Jabatan Audit Negara sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia