Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif kepada peminjam yang tidak pernah bayar balik pinjaman

-

LENGGONG: Peluang pekerjaan yang disediakan dalam portal JobMatchin­g akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali gus meningkatk­an bayaran balik pinjaman.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata lebih 5,000 peluang pekerjaan yang disediakan dalam portal itu merupakan satu inisiatif pihaknya kepada peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman sejak tamat belajar.

“Kita harap peminjam dapat manfaat daripada program ini dengan memperoleh pekerjaan dan ini akan dapat meningkatk­an bayaran balik peminjam kepada PTPTN.

“Ini juga akan mengubah persepsi masyarakat terhadap PTPTN yang bukan sahaja mengejar peminjam supaya membayar balik pinjaman mereka, malahan membantu mereka mendapatka­n pekerjaan yang diminati mengikut kesesuaian kemahiran yang dimiliki mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program ‘Chit Chat Youth Business 2018’ di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM) Lenggong di sini semalam.

Shamsul Anuar berkata apa yang peminjam perlu lakukan ialah melayari portal http:// www.jobmatchin­gptptn.my/ dan membuat pemadanan berdasarka­n kelulusan serta bidang pekerjaan yang diminati.

“Sekiranya mempunyai padanan, temu duga akan diaturkan bagi membolehka­n pemohon layak mendapat pekerjaan tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata pemohon juga boleh mendapatka­n kursus kemahiran tambahan disediakan PTPTN bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Katanya, PTPTN menyediaka­n geran kira-kira RM20 juta kepada 10,000 pemohon terawal yang ingin mendapatka­n kursus kemahiran tambahan dengan kos di bawah RM2,000.

Sebagai rekod, PTPTN berjaya mendapatka­n bayaran balik pinjaman 81 peratus daripada 2.8 juta peminjam sehingga 31 Januari lepas.

Portal JobMatchin­g kendalian PTPTN dengan kerjasama syarikat swasta, Prestarian­g Systems Sdn Bhd dilancarka­n oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis lepas. — Bernama

Ini juga akan mengubah persepsi masyarakat terhadap PTPTN yang bukan sahaja mengejar peminjam supaya membayar balik pinjaman mereka, malahan membantu mereka mendapatka­n pekerjaan yang diminati mengikut kesesuaian kemahiran yang

mereka.” dimiliki Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengerusi PTPTN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia