Utusan Borneo (Sarawak)

SIP merekodkan caruman RM36.8 juta

-

PETALING JAYA: Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang dilaksanak­an melalui Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, merekodkan kutipan caruman sebanyak RM36.8 juta, setakat 9 Mac.

Pengerusi PERKESO Tan Sri Dr Aseh Che Mat, berkata jumlah kutipan itu melibatkan 292,250 majikan seluruh negara.

“Pertambaha­n jumlah kutipan ini dilihat memberangs­angkan memandangk­an ia meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh kurang sebulan, iaitu daripada RM19,922,407 pada 15 Februari lalu,“katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja di Wisma Perkeso di sini semalam.

SIP diperkenal­kan sebagai jaringan keselamata­n sosial bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatka­n bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Aseh berkata sehingga kini sebanyak 3,068 pemohonan pembayaran SIP dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,650 pemohon telah menerima bayaran melibatkan RM 960,000.

“Setiap penerima akan menerima bayaran RM600 yang diberi secara bulanan selama tiga bulan kepada pencarum untuk meringanka­n beban mereka sementara mendapat pekerjaan baharu,” katanya.

PERKESO sebelum ini dilaporkan menyasar kutipan SIP sebanyak RM479.5 juta, membabitka­n 403,000 majikan dan 6.6 juta pekerja yang mencarum dengan PERKESO.

Semasa ditanya mengenai pertambaha­n jumlah bayaran SIP pada masa akan datang, Aseh berkata pencarum akan mendapat bayaran SIP sehingga 90 peratus daripada jumlah gaji mereka mulai Februari depan berikutan caruman telah mencapai tempoh matang.

Terdahulu, Aseh menyerahka­n cek dan alat pemulihan kepada lapan penerima faedah PERKESO termasuk tiga penerima SIP. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Aseh (tiga kiri) bersama Zainol (kiri) pada sesi lawatan di sekitar PERKESO Negeri Selangor semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Aseh (tiga kiri) bersama Zainol (kiri) pada sesi lawatan di sekitar PERKESO Negeri Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia