Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran balik cukai pelanconga­n kepada negeri dinaik kepada RM5

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatk­an bayaran balik cukai pelanconga­n daripada RM1 kepada RM5 bagi setiap RM10 yang dikutip daripada pelancong asing kepada kerajaan negeri, kata Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat semalam bahawa pembayaran semula cukai itu akan dibuat secara saksama berdasarka­n peratusan cukai pelanconga­n yang dikutip di setiap negeri.

“Setiap negeri boleh menggunaka­n peruntukan ini bagi membangunk­an sektor pelanconga­n negeri masing-masing khususnya promosi dan pemasaran destinasi yang lebih agresif, penganjura­n acara pelanconga­n, pembanguna­n modal insan dan pembanguna­n projek pelanconga­n berskala kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanya tentang jumlah perolehan kutipan cukai itu sejak ia dilaksanak­an pada 1 Sept lepas semasa sesi soal jawab lisan persidanga­n itu semalam.

Mohamed Nazri berkata pembayaran itu akan dibuat setiap tiga bulan sekali secara terus kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata cukai pelanconga­n sebanyak RM39,975,634 dikutip dari 1 September hingga 31 Disember lepas.

“Kuala Lumpur mencatatka­n kutipan tertinggi iaitu RM16,625,258 diikuti Sabah sebanyak RM4,530,628, Pulau Pinang RM3,881,655, Pahang RM3,473,803 dan Johor RM2,716,739,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia