Utusan Borneo (Sarawak)

Empat bulan untuk kerajaan Selangor setuju proses migrasi Jika tiada kata putus banyak implikasi berlaku, krisis air tambah buruk

-

NILAI: Kerajaan Selangor diberi masa empat bulan sehingga Julai depan untuk bersetuju melaksanak­an proses migrasi bagi mengelakka­n krisis air di negeri itu menjadi lebih buruk.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata jika Selangor enggan memberi kata putus, banyak implikasi yang akan berlaku antaranya Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang telah siap menjalani proses pengujian dan pentauliah­an tidak dapat digunakan.

“LRA dapat membekalka­n 10 peratus margin simpanan air Selangor menyamai 565 juta liter sehari (MLD).

“Sedangkan pada masa sekarang, margin simpanan air Selangor kosong dan ini bermakna bekalan air tidak cukup untuk disalurkan ke tempat- tempat yang lain. Apatah lagi di Selangor (penggunaan air) sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Sesi Dialog Transforma­si Nasional 50 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau 20172030 di Universiti Sains Islam Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zaini berkata Selangor dan negeri lain yang tidak melaksanak­an proses migrasi terpaksa menampung perbelanja­an tinggi untuk pembinaan loji, mengganti paip dan kerja penyelengg­araan lain.

Beliau berkata sekurangku­rangnnya RM3 bilion ke RM8 bilion diperlukan bagi kos pembinaan LRA dan kerja-kerja baik pulih infra- struktur dan tiada syarikat yang sanggup mengeluark­an perbelanja­an sebanyak itu.

“Macam di Selangor, apa yang berlaku ialah mereka melaksanak­an kerja- kerja penyelengg­araan kecil seperti menampal paip bocor.

“Sebab itu, apabila paip lama yang berusia lebih 40 tahun tidak diganti, menyebabka­n ia pecah dan keadaan menjadi lebih teruk.

“Ini bukan masalah air semata, tetapi masalah margin simpanan air yang tidak mencukupi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zaini berkata kerajaan telah memperuntu­kkan RM1.9 bilion bagi membina Simpanan Air Dari Sungai (ORS) di empat negeri, dalam usaha memastikan bekalan air sentiasa dapat menampung keperluan dan menyokong pembanguna­n sesebuah kawasan.

“Dalam pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pembinaan ORS di Linggi, Negeri Sembilan, RM300 juta di Melaka dan masing-masing RM600 juta di Langkawi, Kedah dan Johor.

“ORS yang akan dibina di Linggi bagi menyokong pertumbuha­n pesat Malaysia Vision Valley di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata proses pelantikan perunding bagi projek ORS telah dimulakan dan dijangka proses pembinaan akan dimulakan tahun hadapan yang mengambil masa dua ke tiga tahun untuk disiapkan.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam menghadiri dialog itu yang antara lain membincang­kan cara- cara penguranga­n pelepasan karbon. — Bernama

Sedangkan pada masa sekarang, margin simpanan air Selangor kosong dan ini bermakna bekalan air tidak cukup untuk disalurkan ke tempat-tempat yang lain. Apatah lagi di Selangor (penggunaan air) sangat tinggi. Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Zaini pada sidang media selepas sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 dan Pelan Induk Teknologi Hijau di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Zaini pada sidang media selepas sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 dan Pelan Induk Teknologi Hijau di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia