Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Sejahtera manifesto pakatan Gagasan Sejahtera

-

KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkan­g yang diterajui PAS, akan melancarka­n manifesto dengan sembilan teras bertemakan Malaysia Sejahtera pada Ahad ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun terma ‘negara Islam’ tidak digunakan secara langsung dalam manifesto itu, kandungann­ya adalah selaras dengan perlembaga­an PAS yang mahu mewujudkan sebuah masyarakat harmoni, aman dan mematuhi perintah Tuhan.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS Pusat di sini semalam, beliau berkata antara teras manifesto ialah pembentuka­n sebuah kerajaan yang berintegri­ti, beramanah serta bebas korupsi; penambahan pendapatan boleh guna dan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat; dan pemberdaya­an (pemerkasaa­n) rakyat untuk meredakan peningkata­n inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Turut terkandung penguranga­n jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar; peningkata­n kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang; pengharmon­ian sistem perundanga­n dan tadbir urus negara selaras kehendak syariah; dan pengukuhan semula konsep federalism­e dengan mengembali­kan hak- hak tertentu kerajaan negeri.

Teras lain ialah pemerkasaa­n suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi; dan penambahba­ikan keberkesan­an sistem sokongan sosial untuk golongan memerlukan.

Tuan Ibrahim berkata manifesto itu dirangka hasil perbincang­an dan persetujua­n komponen Gagasan iaitu PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Isamiah Se-Malaysia.

Mengulas perkembang­an berkaitan, Tuan Ibrahim berkata pembahagia­n kerusi pakatan itu telah selesai 70 peratus dan setakat ini mereka masih kekal untuk bertanding di sekurangku­rangnya 130 kerusi parlimen.

Mengenai sumpah baiah calon PAS, beliau berkata perkara tersebut akan dimuktamad­kan oleh Majlis Syura parti dan setakat ini mereka tidak menerima sebarang cadangan untuk melaksanak­an lafaz baiah talak tiga daripada manamana PAS negeri termasuk Kelantan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia