Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho belajar terima tuntutan lebih tinggi sebagai pengurus United

-

MANCHESTER, England: Kebanyakan kelab akan berasa gembira untuk berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, ke suku akhir Piala FA dan menghampir­i kelayakan ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un, Jose Mourinho, belajar menerima tuntutan yang lebih tinggi sebagai pengurus Manchester United dengan persoalan penting bukan hanya tentang keputusan tetapi juga cara kemenangan dicapai.

“Jika orang fikir kami tidak selayaknya, saya tidak kisah,” kata Mourinho selepas United menewaskan Liverpool 2-1 Ahad lepas walaupun hanya menguasai 32 peratus permainan.

Masalah bagi Mourinho ialah bukan hanya tradisi kemenangan United, mereka juga bermain dengan baik di bawah jurulatih legenda seperti Matts Busby dan Alex Ferguson tetapi United bukan lagi pasukan terbaik di kota Manchester.

Kelab jiran, Manchester City, memiliki kelebihan 13 mata di singahsana Liga Perdana Inggeris dan kurang satu perlawanan.

Dan juga, gaya permainan menarik diterapkan pengurus Pep Guardiola adalah jauh berbeza dengan apa yang dilihat oleh penyokong United dengan taktik berhati-hati Mourinho.

Penyokong Chelsea bersorak tentang Mourinho dengan slogan “sama seperti London, kota anda berwarna biru” semasa Chelsea bertandang ke Old Trafford bulan lepas.

“Ia bukan pasukan United yang lama, tetapi ia tidak seteruk dari apa yang dicadangka­n,” kata Andy Mitton, editor majalah penyokong kelab, United We Stand.

“Hanya kerana City lebih berjaya musim ini, tidak bermakna musim United adalah satu bencana.”

Bagaimanap­un, City hanya beberapa minggu sebelum mengesahka­n kejuaraan liga dan juga sudah menempah tempat ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara, menyebabka­n tekanan kini kepada United apabila menentang Sevilla pada perlawanan kedua pusingan kedua di Old Trafford hari ini.

Pada perlawanan pertama, United mengikat Sevilla tanpa jaringan tiga minggu lepas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MUSIM SUKAR: Reaksi Wenger (belakang kiri) ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London Ahad lepas.
— Gambar Reuters MUSIM SUKAR: Reaksi Wenger (belakang kiri) ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia