Utusan Borneo (Sarawak)

Griezmann terus pamer aksi meyakinkan

-

MADRID, Sepanyol: Antoine Griezmann terus menunjukka­n prestasi meyakinkan apabila menjaringk­an satu gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Atletico Madrid menewaskan Celta Vigo 3-0, sekali gus mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua La Liga Sepanyol Ahad lepas.

Griezmann membuka jaringan sebelum rehat pada perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano untuk gol ke-16 beliau dalam La Liga dan yang ke-11 dari sembilan perlawanan terakhir.

Penyerang antarabang­sa Perancis itu, yang dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Barcelona pada musim panas, kemudian mengumpan bola kepada Vitolo untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Angel Correa, pemain gantian, melengkapk­an jaringan.

Ia adalah kemenangan ketujuh dari lapan perlawanan liga buat Atletico, selain tewas 0-1 di Barcelona minggu lepas.

Barcelona meneruskan langkah untuk mengesahka­n kejuaraan La Liga apabila menewaskan Malaga 2-0 dan Real Madrid juga mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan hari Sabtu.

“Perjalanan kami masih jauh. Kami melihat satu perlawanan demi satu perlawanan dan akan cuba mengekalka­n rentak ini,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone ketika bercakap tentang peluang pasukannya memburu kejuaraan liga.

“Harapan saya ialah untuk mempunyai satu peluang dengan berbaki lima perlawanan. Selepas itu kami dapat bercakap tentang sesuatu perkara dengan lebih lanjut.”

Gol Griezmann hadir seminit sebelum rehat apabila mengawal bola melantun dari palang gol sebelum mengelecek seorang pemain pertahanan Celta dan merembat ke pintu gol.

Beliau kemudian mengumpan bola kepada Vitolo pada minit ke-56.

Correa dimasukkan menggantik­an Vitolo pada pertengaha­n separuh masa kedua dan melengkapk­an jaringan empat minit kemudian.

Ia adalah kemenangan kedua Atletico dengan keputusan 3-0 di tempat sendiri dalam tempoh empat hari selepas menewaskan Lokomotiv Moscow 3-0 pada perlawanan Liga Europa Khamis lepas.

Pada perlawanan lain, Villarreal menewaskan Las Palmas 2-0 untuk melonjak ke tangga keenam liga sementara Espanyol menewaskan Real Sociedad 2-1 dan Athletic Bilbao menewaskan Leganes 2-0. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: Griezmann (kiri) ceria selepas menjaringk­an gol pertama Atletico pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid pada Ahad lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: Griezmann (kiri) ceria selepas menjaringk­an gol pertama Atletico pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia