Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpaskan JKKK RPR Kidurong pada aksi akhir Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat Kampung Jabai

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Skuad RANDO melakar kemenangan bergaya apabila menumpaska­n Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong 3-1 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Tertutup Peringkat Kampung Jabai di Gelanggang Badminton Dewan Muktamar Kampung Jabai petang kelmarin.

Kemenangan berpihak kepada tiga beregu RANDO dalam tiga perlawanan. Pada perlawanan pertama menyaksika­n beregu Stephen Ayin dan Mazwan Adris menewaskan Kasti Tihi dan Harni Rahim (JKKK RPR Kidurong) dengan 21- 12, 21-9.

Beregu kedua diwakili Nur Azman dan Nicholas Chan terpaksa diheret ke saingan ‘rubber set’ berikutan tewas set pertama

namun menang set kedua dan set penentuan mengatasi beregu JKKK RPR Kidurong, Jerome Manggau dan Zainal Achim dengan 15-21, 21-14 dan 21-16.

Dalam perlawanan ketiga, JKKK RPR Kidurong diwakili Tinggom Manggau dan Abdul Rahman Arbi bangkit mencapai kemenangan apabila menewaskan Muhammad Hairul Nizam dan Mansor Mat (RANDO) dengan 2220, 21-14.

Seakan-akan perlawanan keempat seri dari segi mata, RANDO bagaimanap­un mengesah kemenangan milik mereka apabila beregu keempat diwakili Roztom Ritom dan Stanly Patrus berjaya menundukka­n beregu JKKK RPR Kidurong, Abdul Mutalib Mahiden dan Eric Ong dengan 17-21, 21-15 dan 21-17.

Dengan kemenangan 3-1 diraih RANDO mengatasi JKKK RPR Kidurong melayakkan skuad itu dinobatkan juara sekali gus membawa pulang hadiah berupa piala dan medal.

Manakala JKKK RPR Kidurong meraih naib juara turut membawa pulang piala dan medal. Disusuli tempat ketiga menjadi milik Skuad Badminton JKKK Kampung Jabai.

Seterusnya tempat keempat, kelima dan keenam masing- masingnya dimenangi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Jampaian 7.

Ketua Kaum (KK) Kampung Jabai, Johny Jimon berkata kejohanan pertama kali anjuran JKKK Kampung Jabai itu disertai enam pasukan melibatkan JKKK serta agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia bagi menyemarak­kan acara sukan badminton, membudaya gaya hidup sihat serta mengukuhka­n hubungan agensi-agensi terlibat.

Kejohanan itu turut disak- sikan Pegawai Peribadi Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman mewakili Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Mohd Khairul Nizam Mohd Yuro dan turut hadir KK RPR Kidurong, Ibrahim Edeni.

 ??  ?? PEMENANG: Skuad RANDO, JKKK RPR Kidurong, JKKK Kampung Jabai, SPRM, JBS dan Jampaian 7 menerima hadiah masing-masing.
PEMENANG: Skuad RANDO, JKKK RPR Kidurong, JKKK Kampung Jabai, SPRM, JBS dan Jampaian 7 menerima hadiah masing-masing.
 ?? — Gambar AFP ?? GOL!: Mitroglou (kiri) dipeluk rakan sepasukan, Dimitri Payet selepas menjaringk­an gol pada aksi Ligue 1 Perancis di antara Toulouse dan Marseille di Toulouse, Perancis Ahad lepas.
— Gambar AFP GOL!: Mitroglou (kiri) dipeluk rakan sepasukan, Dimitri Payet selepas menjaringk­an gol pada aksi Ligue 1 Perancis di antara Toulouse dan Marseille di Toulouse, Perancis Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia