Utusan Borneo (Sarawak)

Wang kemenangan LTdL 2018 dibayar tepat pada masa, jamin Ciclista Sports

-

SHAH ALAM: Penganjur Le Tour de Langkawi ( LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn Bhd memberi jaminan wang kemenangan pada kejohanan berbasikal berprestij Asia itu akan diberikan mengikut tempoh ditetapkan kepada pemenang.

Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, M. Kumaresan berkata pihaknya memberi jaminan masalah pembayaran lewat kepada pemenang sebagaiman­a berlaku pada beberapa edisi terdahulu tidak akan berulang memandangk­an penganjur sudah menyediaka­n wang tunai keseluruha­n hampir RM1 juta pada kali ini.

“Setakat ini, persiapan kita hampir 90 peratus termasuk wang kemenangan kepada pemenang dan paling penting bagi kita adalah memastikan kejohanan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.

Kumaresan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman penajaan LTdL 2018 daripada beberapa syarikat swasta, selain kerajaan Terengganu yang menyumbang wang tunai RM200,000.

Penaja lain yang turut memberi sumbangan adalah NUR Power, Spritzer, Thule dan Givi Asia.

Mengulas lanjut, Kumaresan memaklumka­n pihaknya menerima geran RM12 juta daripada Kementeria­n Belia dan Sukan, di samping tajaan daripada pihak swasta untuk edisi ke- 23 perlumbaan berbasikal terulung Asia itu yang bakal berlangsun­g dari 18 hingga 25 Mac.

Katanya kesemua 21 pasu- kan akan terlibat dengan majlis pengenalan pasukan pada 16 Mac di Pulau Langkawi kecuali pasukan benua dari China, Mitchelton - BikeExchan­ge yang terus menyertai peringkat pertama sejauh 147.9km dari Kangar ke Kulim berikutan pasukan berkenaan terlibat dengan Jelajah Taiwan berakhir pada 15 Mac.

Mengenai soal keselamata­n, Kumaresan yang juga bekas pelumba kebangsaan menjelaska­n 1,500 anggota keselamata­n termasuk 200 marshal bermotosik­al dan polis akan terlibat pada edisi kali ini.

Beliau pada masa sama turut menjelaska­n laluan perlumbaan masih kekal kecuali peringkat kelima dari Bentong ke Cameron Highlands sejauh 169.4km yang dijangka dilencongk­an ke laluan lebih jauh susulan keadaan jalan tidak baik di Sungai Koyan, Raub.

Sejumlah 22 pasukan berstatus Jelajah Profesiona­l Dunia, profesiona­l benua, benua dan pasukan kebangsaan mengesahka­n penyertaan pada edis kali ini, meliputi jarak keseluruha­n perlumbaan 1,341km, membabitka­n lapan negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Saingan LTdL 2018 akan hanya menampilka­n dua pasukan Jelajah Profesiona­l Dunia - Dimension Data dan Astana.

Selain itu, beberapa pasukan profesiona­l benua yang mengesahka­n penyertaan kali ini termasuk Androni Giocattoli- Sidermec, Bardiani CSF, Manzana Postobon, Wilier Triestina dan Bennelong Swisswelln­ess Cycling.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia