Utusan Borneo (Sarawak)

Mitroglou hadirkan impak segera, Lyon raih tiga mata

-

PARIS, Perancis: Kostas Mitroglou membuat impak segera dari bangku simpanan apabila menjaringk­an gol kemenangan 2- 1 buat Marseille di Toulouse sementara Lyon menewaskan Caen 1- 0 untuk menamakan enam perlawanan tanpa kemenangan dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Lucas Ocampas membuka jaringan pada minit ke- 10 tetapi Toulouse, satu mata di atas slot playoff penyingkir­an, mengikat kedudukan dengan gol pertama Firmin Mubele untuk kelab selepas tiba untuk kontrak pinja- man dari Rennes pada bulan Januari.

Yaya Sanogo tidak bernasib baik meletakkan Toulouse di hadapan pada minit ke- 33 apabila rembatanny­a terkena palang sebelum penjaga gol Marseille, Steve Mandanda dan juga penjaga gol Toulouse, Alban Lafont, beraksi tangkas mengekalka­n kedudukan.

Tetapi kemasukkan Dimitri Payet dan kemudian Mitroglou, mengubah permainan yang memihak kepada Marseille, dengan kedua- dua pemain berganding­an cantik sebelum Mitroglou menjaringk­an gol kemenangan.

“Kami datang untuk menang, kami tahu kami harus merapati dengan kurang empat mata dari pasukan di tangga kedua ( Monaco) dan mengekalka­n jurang dari pasukan di tangga keempat ( Lyon),” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

“Nasib baik Steve ( Mandanda) beraksi cemerlang dan kami akhirnya mendapat keputusan yang kami mahukan. Tiga pemain ini benar- benar membantu kami.”

Bertrand Traore menjaringk­an gol tunggal kemenangan Lyon pada minit ke- 63 untuk mencipta kemenangan pertama liga sejak tewas 1-2 kepada Paris Saint Germain ( PSG) pada 21 Januari.

Kemenangan meletakkan Lyon kurang lima mata dari Marseille di tangga ketiga untuk saingan slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

Lyon bagaimanap­un terpaksa beraksi tanpa kapten pasukan yang juga penjaring terbanyak, Nabil Fekir untuk sekurang- kurangnya tiga minggu apabila terpaksa meneruskan pemulihan dari kecederaan lutut.

“Fekir masih merasai kesakitan di lutut kanan beliau apabila menjalani latihan Sabtu lepas,” kata Lyon selepas penyerang berusia 24 tahun itu tidak beraksi sejak 25 Februari.

Pada perlawanan lain, Nice menewaskan Guingamp 5- 2 di gelanggang lawan dengan Alassane Plea menjaringk­an empat gol ketika ketiadaan penyerang Mario Balotelli kerana kecederaan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia