Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Dybala bawa Juve kembali ke puncak Serie A

-

ROM, Itali: Paulo Dybala menjaringk­an dua gol untuk meletakkan Juventus ke tangga teratas Serie A Itali dengan kemenangan 2-0 ke atas Udinese sementara pesaing utama mereka, Napoli, hanya seri tanpa jaringan di Inter Milan Ahad lepas.

Dybala meneruskan rentak cemerlang menjaringk­an gol kemenangan ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu ketika skuad kendalian Massimilia­no Allegri memiliki kelebihan satu mata berbanding Napoli dan kurang satu perlawanan di singahsana liga.

Gonzalo Higuain gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti dalam separuh masa pertama tetapi Juventus kini berada di landasan untuk memenangi kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut.

“Selepas perlawanan menentang Tottenham (Rabu lepas), ada risiko pemain masih terlalu gembira dan bermain sambil lewa tetapi sebaliknya kami menunjukka­n karektor dan pengalaman untuk mengesahka­n tiga mata penuh,” kata Dybala.

“Saya berasa gembira kerana dapat membantu dengan gol saya. Kami memberikan tekanan kepada lawan kami dan mahu terus melangkah ke hadapan. Semuanya bergantung kepada diri kami sendiri sekarang.”

Napoli mahu mengembali­kan kelebihan satu mata dan bangkit selepas rekod 10 kemenangan berturut-turut mereka berakhir apabila tewas 2-4 kepada AS Roma di tempat sendiri tetapi mereka gagal menembusi pintu gol Inter.

Di Turin, Dybala membuka jaringan pada minit ke-20 dari satu tendangan percuma cantik. Higuain terlepas peluang menambah jaringan apabila tendangan penalti beliau ditepis penjaga gol Udinese, Albano Bizzarri.

Tetapi gandingan berbisa Higuain dan Dybala, yang menjaringk­an 42 gol di antara mereka dalam semua pertanding­an musim ini, berganding­an sekali lagi untuk menamatkan cabaran Udinese.

Higuain menangani asakan pertahanan Udinese sebelum mengumpan bola kepada Dybala untuk menjaringk­an gol keempat beliau dari tiga perlawanan.

Dybala tidak bernasib baik menjaringk­an hatrik apabila rembatanny­a sedikit tersasar.

Inter mempunyai peluang terbaik pada separuh masa pertama perlawanan di San Siro dengan cubaan Antonio Candreva sedikit tinggi dari palang gol Napoli. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUKAR DIKAWAL: Dybala (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Udinese, Andrija Balic ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.
— Gambar AFP SUKAR DIKAWAL: Dybala (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Udinese, Andrija Balic ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia