Utusan Borneo (Sarawak)

LISUS Bahagian Sibu: Orang ramai dipelawa sertai lima acara sukan

-

SIBU: Orang ramai dipelawa menyertai lima acara sukan yang dipertandi­ngkan sempena Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) Bahagian Sibu 2018 pada 17, 18, 24 dan 25 Mac ini.

LISUS dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, mempertand­ing lima sukan iaitu sepak takraw, futsal terbuka lelaki dan wanita, bola sepak sembilan sebelah, bola jaring dan bola keranjang 3 lawan 3.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Kaya Raju berkata LISUS Bahagian Sibu tahun ini mempertand­ing empat sukan teras dan satu sukan pilihan.

“Empat acara teras ini ialah futsal, bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Sementara sukan pilihan ialah bola keranjang,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Fasa pertama LISUS pada 17 dan 18 Mac ini melibatkan futsal lelaki dan wanita, sepak takraw dan bola keranjang.

Sementara pertanding­an bola jaring dan bola sepak berlangsun­g pada 24 dan 25 Mac.

Futsal berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima, bola sepak ( Stadium Tun Zaidi), sepak takraw (Gelanggang Sepak Takraw Bandong), bola keranjang ( Stadium Bola Keranjang Hin Hua) dan bola jaring (SK Agama Sibu).

Kaya berkata, pihaknya menyasarka­n 20 hingga 30 pasukan mengambil bahagian pada setiap sukan dipertandi­ngkan.

Pertanding­an ini terbuka kepada semua kecuali peserta pernah mewakili negeri Sarawak pada 2016 dan 2017.

Bagaimanap­un, peserta pernah mewakili negeri pada 2015 dan sebelumnya boleh mengambil bahagian.

“Ini bagi memberi peluang kepada peserta lain mengambil bahagian,” jelasnya sambil menambah wakil bahagian boleh menyertai pertandin- gan ini.

Menurut Kaya, pemenang bagi setiap acara mewakili Bahagian Sibu ke pertanding­an peringkat bahagian di Miri, April depan.

Bagi yang berminat menyertai sukan dipertandi­ngkan boleh menghubung­i Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu di talian 084-333400.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Halel Mohd Ibrahim ( 013- 8117850) bagi sukan futsal dan bola sepak, Junaidi Ahmad (0138122408) bagi bola sepak, Idris Alphonso (013-8115996) dan Mohd Adruce Abdullah (012-8731204) sepak takraw dan Ling Kuok Min (0138184556) bola keranjang.

Yuran penyertaan bagi futsal dan bola sepak ialah RM150 sementara RM50 bagi acara sukan yang lain.

Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac ini bagi acara sepak takraw, bola keranjang dan futsal sementara bola sepak dan bola jaring pada 22 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia