Utusan Borneo (Sarawak)

Disiplin tinggi penyumbang kejayaan skuad Kuching FA pada saingan Piala FA

-

KUCHING: Disiplin tinggi yang dipamerkan pemainpema­in disifatkan sebagai penyumbang kepada kejayaan skuad Kuching FA menundukka­n Selangor United pada saingan Piala FAM 2018 di Stadium Negeri di sini kelmarin.

Pengurus pasukan, Fazzrudin Abdul Rahman berkata kemenangan 2-1 itu amat bermakna sekali gus mengekalka­n momentum pasukannya untuk terus mengutip mata penuh.

Menyedari saingan kompetitif sepanjang perlawanan, namun pemain-pemain men- unjukkan semangat melawan tinggi serta ketahanan mental baik.

“Mereka bertahan dengan disiplin pada minit- minit terakhir permainan apabila diasak bertali arus. Kematangan ini membuahkan kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Beliau mengakui berpuas hati dengan mutu persembaha­n dan corak permainan yang dipamerkan pasukannya.

Sementara itu, jurulatih Kuching FA, Shahrizan Sahari gembira skuad bimb- ingannya berjaya meraih tiga mata pada perlawanan tersebut.

Katanya, kedua-dua pasukan memberi aksi seimbang saling menyerang memburu kemenangan.

“Kita nampak mentaliti serta disiplin semua pemain amat tinggi dan mampu bertahan sehingga tamat perlawanan. Akhirnya kita menang dan pulang dengan tiga mata penting,” katanya.

Shahrizan berkata, apa yang penting Kuching FA menang walaupun mampu menjaringk­an lebih dari dua gol dalam saingan itu.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia