Utusan Borneo (Sarawak)

Cinta Pantai Timur dalam telemovie 18 Mac ini di TV1

- Oleh Huma Makesvari

SAKSIKAN keletah Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim bercakap dialek Kelantan dalam telemovie ‘Awe Keno Nikoh’ bersiaran pada 18 Mac ini, jam 10.05 pagi menerusi slot Panggung Ahad di TV1.

Turut menampilka­n lakonan bersahaja Ben Kenobi, Man Khan, Norhamiza dan Yoe Kaybee.

Menonjolka­n watak Ridhwan atau dikenali dengan nama timangan Awe, berketurun­an Kelantan tetapi dibesarkan dan bertugas di Kuala Lumpur.

Awe mempunyai seorang kekasih bermata duitan. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya setelah sedar ianya satu kesilapan.

Keputusann­ya itu seolah-olah mendatangk­an rezeki kepada dirinya.

Selepas pulang ke pejabat, Awe menerima pujian atas kecemerlan­gannya. Dia dinaikkan pangkat dan diarah untuk menguruska­n syraikat di Kelantan.

Dalam pada itu, Awe mengenali Mek Tie, seorang peniaga online yang dirasakan kasar dan menjual barangan tidak berkualiti.

Mek Tie diminati oleh Osman K-Pop, seorang penyanyi dikir barat yang melarang Awe daripada mendekati Mek Tie.

Hubungan Awe dengan Mek Tie semakin akrab. Awe mula tertarik pada Mek Tie kerana dia mengambil berat tentang keadaan atuknya yang terlibat dalam kemalangan.

Kemudian Mek Tie diragut dan kehilangan barang jualannya.

Bagi meringanka­n bebanan Mek Tie, Awe mengajak Mek Tie membuka perniagaan barangan pengantin.

Sementara itu Mek Tie terdengar Osman membuat panggilan telefon untuk menjual barang kemas. Secara senyap, Mek Tie mengekori Osman ke tempat yang dijanjikan dengan rakan pembelinya dan mendapati barang kemas yang hendak dijual adalah miliknya.

Awe menjadi hero kepada Mek Tie.

Dia berjaya menangkap Osman dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa.

Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah Awe dan Mek Tie akan berkahwin?

Saksikan kesudahan kisah mencuit hati mereka pada 18 Mac ini di TV1. PETALING JAYA: Animonsta Studios bersama Movie Animation Park Studios (MAPS) akan meraikan ulang tahun BoBoiBoy yang ke 7 dari 17 hingga 25 Mac di MAPS Ipoh, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz berkata pelbagai aktiviti aktiviti menarik telah diatur untuk para pengunjung termasuk bertemu dengan mascot BoBoiBoy Galaxy secara ‘live’.

Sambutan hari jadi BoBoiBoy bersama kanakkanak yang lahir pada bulan Mac turut diadakan selain dari tayangan khas siri BoBoiBoy Galaxy dan sesi bertemu pelakon suara BoBoiboy Galaxy, katanya pada sidang media di ibu pejabat korporat kumpulan PKNP di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kanak- kanak juga turut diberi peluang untuk menyertai pertanding­an pencarian harta karun, peraduan mewarna, acara nyanyian melalui aplikasi SMULE dan ‘Face Painting’.

Sempena dengan tema ‘Colourful Holiday’, MAPS juga turut membawakan beberapa pertunjuka­n tambahan yang menarik iaitu Bboy Dance in Neon Light, Perarakan LED, Drumline in Neon Light dan pertunjuka­n silap mata, katanya.

Beliau berkata pihak MAPS menjangka mampu menerima sehingga 4,000 pengunjung setiap hari sepanjang cuti sekolah nanti.

Artis-artis terkenal tempatan seperti Bunkface, Joe Flizzow, SonaOne, Altimet dan Ruffedge bakal membuat persembaha­n untuk menghibur para pengunjung di MAPS. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Mohd Farid memberi ucapan pada sidang media sempena sambutan ulang tahun BoboiBoy ke 7.
— Gambar Bernama UCAPAN: Mohd Farid memberi ucapan pada sidang media sempena sambutan ulang tahun BoboiBoy ke 7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia