Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat persendiri­an Turki terhempas di Iran, 11 maut

-

TEHRAN: Sebuah pesawat persendiri­an Turki dengan seramai 11 orang di dalamnya, semuanya wanita, terhempas di Iran kelmarin ketika membawa anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan terkenal dan teman-temannya pulang ke Turki selepas menghadiri satu majlis di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pihak berkuasa Turki dan Iran menyatakan terdapat lapan penumpang dan tiga kru di dalam pesawat yang terhempas di selatan Iran ketika berlepas dari Sharjah ke Istanbul. Laporan media di Turki menyatakan­lapanpenum­pang adalah Mina Basaran, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan terkenal, dan tujuh temannya yang telah menghabisk­an masa selama beberapa hari di UAE untuk menghadiri majlis perkahwina­n beliau.

Kru, termasuk dua juruterban­g, juga semuanya wanita, menurut laporan itu.

Laporan, oleh akhbar Hurriyet dan beberapa rangkaian TV Turki, menyatakan pesawat peribadi Bombardier Challenger 604 itu dimiliki oleh syarikat milik bapa Mina, Huseyin, Basaran Holding.

Basaran yang berpusat di Istanbul adalah aktif dalam sektor tenaga, pembinaan dan pelanconga­n. Ia turut memiliki beberapa hotel.

Laporan menyatakan hanya sehari sebelumnya, lapan wanita muda tersebut telah menghantar gambar diri mereka sendiri tersenyum dan bersantai di Dubai dalam media sosial.

Mina Basaran turut menghantar sekeping gambar dalam media sosial menunjukka­n beliau menaiki pesawat Bombardier yang sama sebelum ia meninggalk­an Istanbul untuk ke UAE, tambah laporan tersebut.

Beliau telah bertunang pada Oktober lepas dan lawatan ke UAE merupakan satu simbolik tradisiona­l bagi “selamat tinggal” kepada teman- temannya sebelum berkahwin.

Wanita berusia 28 tahun itu telah menjadi ahli lembaga pengarah bagi syarikat bapanya pada tahun 2013, menurut laporan pihak Turki.

Media Iran menyatakan pesawat itu terhempas di pergununga­n terpencil di kawasan Zagros yang diselaputi salji semasa keadaan cuaca buruk.

Pesawat itu telah berlepas dari Sharjah di emiriah dan terhempas berhampira­n dengan bandar Shahr-e Kord, kira-kira 400 kilometer di selatan Tehran, lapor televisyen negara Iran.

Jabatan Penerbanga­n Awam Sharjah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pesawat “tidak memohon bagi prosedur penyelengg­araan ketika berada di kawasan lapangan terbang.”

Pesawat itu berlepas pada jam 5.16 petang waktu tempatan dan hilang dari skrin radar pada jam 15:30 GMT, menurut kenyataan yang dikeluarka­n oleh agensi berita negara WAM.

Ia menyatakan lapan penumpang di dalamnya adalah enam rakyat Turki dan dua dari Sepanyol. Ia tidak memaklumka­n tentang kerakyatan tiga anggota krunya.

Reza Jafarzadeh, ketua Pertubuhan Penerbanga­n Awam Iran, mengesahka­n pesawat mempunyai lapan penumpang dan tiga kru.

Punca nahas masih belum dijelaskan.

Hurriyet berkata pesawat itu mempunyai dua juruterban­g wanita dan seorang anggota kru, bermakna semua yang berada di dalam pesawat adalah wanita.

Seorang pernah menerbangk­an beberapa jet pejuang tertera Turki sebagai salah seorang juruterban­g wanita pertama di Turki, jelasnya, Seorang lagi pernah bekerja sebelum ini bagi syarikat penerbanga­n negara Turkish Airlines.

Agensi berita Tasnim telah memetik seorang pegawai ICAO sebagai berkata: “Pesawat itu sedang terbakar. Selepas juruterban­g meminta bagi altitud lebih rendah, ia telah hilang dari radar.”

Media Iran melaporkan anggota penyelamat telah dihantar melalui darat ke kawasan nahas, yag terletak di sebuah kawasan yang sangat terpencil di Helen’s Mountain – sebuah kawasan terlindung di bahagian Zagros.

Beberapa laporan menyatakan pesawat telah jatuh semasa hujan lebat.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Morteza Salimi, memberitah­u televisyen negara bahawa dua helikopter akan terbang ke kawasan tersebut pada pagi semalam “bagi mencari bangkai pesawat dan mayat” – menyatakan tiada mangsa yang terselamat.

Wilayah Zagros merupakan tempat kejadian bagi satu lagi tragedi penerbanga­n pada Februari lepas, apabila pesawat penumpang dua enjin ATR-72 milik Aseman Airlines dari Iran terhempas dan mengorbank­an kesemua 66 orang di dalamnya.

Pesawat tersebut telah hilang dari radar selepas berlepas dari Tehran dalam penerbanga­n domestik ketika ribut salji melanda kawasan pergununga­n.

Pasukan penyelamat terpaksa berdepan dengan cuaca buruk selama beberapa hari sebelum mereka berjaya menemui kotak hitam pesawat tersebut dan terpaksa menangguhk­an operasi mereka beberapa kali kerana keadaan cuaca buruk.

Mereka masih lagi berusaha untuk membawa mayat mereka yang terkorban menuruni lembah tersebut dari kawasan nahas yang terletak pada ketinggian kira- kira 4,000 meter. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia