Utusan Borneo (Sarawak)

FSB gagalkan serangan, tembak mati ‘pengganas’

-

MOSCOW: Perkhidmat­an keselamata­n Rusia ( FSB) menyatakan kelmarin mereka telah membunuh “pengganas” yang merancang satu serangan berhampira­n bandar Saratov di barat daya Rusia.

Insiden tersebut muncul seminggu sebelum pilihan raya presiden Rusia pada 18 Mac dan tiga bulan sebelum negara menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2018.

“Berdasarka­n siasatan dan pemeriksaa­n di wilayah Saratov, FSB telah menggagalk­an satu serangan pengganas dirancang oleh beberapa anggota sebuah kumpulan rahsia pengganas,” FSB menyatakan dalam satu kenyataan.

“Terdapat satu kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamata­n dan penjenayah yang mana mereka telah mengalami kecederaan teruk,” tambahnya, tanpa menjelaska­n jumlah orang yang terkorban.

Dalam sebuah video yang dikeluarka­n oleh FSB, mayatmayat kelihatan sebagai dua lelaki dan dilihat berham- piran sebuah kereta dengan bahagian cerminnya pecah di atas sebatang jalan raya diselaputi salji.

Perkhidmat­an keselamata­n turut menyatakan mereka telah menemui beberapa pucuk pistol, grenad buatan sendiri dan sejenis bahan letupan memiliki tiga kilo TNT di Saratov, kira-kira 800 kilometer dari Moscow.

Rusia telah disasarkan oleh kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS) dan cawangan al-Qaeda di Syria selepas campur tangan pihak tentera Rusia di Syria pada 2015.

Perkhidmat­an keselamata­n Rusia sering kali mengumumka­n perpecahan kumpulan pengganas, selalunya mengaitkan penduduk dari bekas republik Soviet di Asia Tengah.

Pada awal Februari, FSB mengumumka­n pembunuhan seorang anggota IS yang dikatakan telah menyediaka­n satu serangan pada hari pilihan raya di Nijni-Novgorod, kira-kira 400 kilometer di timur Moscow. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia