Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan sampai kepada komuniti terpencil di Papua New Guinea

-

SYDNEY: Bantuan akhirnya telah sampai kepada beberapa komuniti terpencil yang terputus akibat gempa bumi kuat yang melanda tanah tinggi Papua New Guinea (PNG) pada dua minggu lepas ketika ketua bantuan semalam menggambar­kan kawasan kemusnahan dengan rumah yang tertimbus dan gununggunu­ng yang runtuh.

Pekerja penyelamat terpaksa berdepan dengan tanah runtuh, jalan raya yang terhalang dan tiang elektrik dan komunikasi yang tumbang untuk sampai ke beberapa kampung terpencil selepas gempa bumi sekuat 7.5 magnitud berlaku pada 26 Februari di kawasan pergununga­n di negara Pasifik itu.

Lebih 100 orang terbunuh, ramai yang masih lagi hilang dan beribu- ribu lagi tercedera, Perdana Menteri Peter O’Neill berkata, ketika mangsa terselamat terpaksa berdepan dengan gegaran susulan yang kuat.

Beliau menambah pada lewat kelmarin bahawa makanan dan air telah dibawa dengan bantuan udara ke kawasan terpencil menggunaka­n pesawat C130 Pasukan pertahanan Australia dan helikopter Chinook.

“Ini adalah satu bencana alam yang tidak dijangkaka­n, menjejaska­n sebuah kawasan yang luas dengan banyak komuniti terpencil,” menurut pemimpin PNG dalam satu kenyataan.

Kemasukan bekalan muncul ketika kontroler kecemasan negara, Bill Hamblin, yang telah mengetuai usaha ban- tuan bagi pihak kerajaan, menyatakan suasana penuh emosi ketika pekerja bantuan pergi di atas kawasan yang musnah di wilayah Selatan dan Hela.

“Anda dapat melihat berbatu-batu tebingan yang telah runtuh,” Hamblin memberitah­u akhbar Post-Courier di PNG.

“Sesiapa atau apa-apa sahaja yang berada di bawah lembah itu telah musnah dan malah di sebuah lembah kami melihat sebuah kampung yang hanya tinggal bahagian atap tin dan bahagian lainnya tertimbus.”

Hamblin berkata 31 orang telah dilaporkan tertimbus di kawasan itu, dengan hanya beberapa orang sahaja mangsa yang terselamat di dalam kampung tersebut.

Beliau menyebut mengenai kebimbanga­n yang mungkin telah membelengg­u penduduk kampung yang tinggal di atas cerun ketika gunung tersebut runtuh, dan bagi mereka yang berada di bawah tebing dengan “tiada tempat untuk lari” ketika runtuhan berlaku.

“Perkara ini membuatkan anda menangis ketika anda memandang ke arahnya namun kami tidak mampu terus menangis...kami perlu pergi ke sana dan membantu penduduk yang terselamat sedaya upaya kami,” jelas beliau.

Hamblin berkata pasukan bantuan telah dibantu oleh pakar logistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah menguruska­n usaha yang sama di Afrika dan Timur Tengah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia