Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang ditembak mati di luar kediaman duta Iran

Selepas dia tikam pengawal dengan pisau, kata polis Austria

-

VIENNA: Seorang rakyat Austria berusia 26 tahun ditembak mati di luar kediaman duta Iran di Vienna pada malam kelmarin selepas dia menyerang seorang pengawal dengan bersenjata­kan sebilah pisau, menurut polis.

Penyerang tersebut “meninggal dunia di tempat kejadian” selepas pengawal melepaskan tembakan, jurucakap polis Harald Soeros memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa serangan berlaku hanya sebelum waktu tengah malam waktu tempatan.

Motif serangan masih belum diketahui, menurut polis.

Pengawal, yang berada di sebuah pondok sentri di luar bangunan, mengalami luka di bahagian atas lengannya dalam serangan itu.

“Dia pada mulanya menggunaka­n penyembur lada” terhadap penyerang, menurut Soeros, sebelum melepaskan tembakan. Dia dipercayai telah melepaskan tembakan dengan senjatanya sekurangku­rangnya empat kali.

Menurut kenyataan awal pengawal “telah bertindak berdasarka­n peraturan”, menurut seorang jurucakap kementeria­n pertahanan dipetik oleh agensi APA.

Pegawai berkata anggota tentera itu, yang berasal dari wilayah Tyrol di Austria, telah menerima rawatan di hospital.

Polis telah mengarahka­n kawalan keselamata­n diperkukuh­kan di semua bangunan diplomatik di bandar ini.

Insiden muncul hanya beberapa hari selepas dua serangan pisau di Vienna, termasuk satu yang mencederak­an satu pasangan dan anak perempuan mereka berusia 17 tahun.

Seorang rakyat Afghan berusia 23 tahun telah mengakui serangan itu namun menafikan sebarang motif politik.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Polis memeriksa kawasan di luar kediaman duta Iran di Vienna pada awal semalam selepas seorang lelaki menyerang pengawal dengan pisau ditembak mati.
— Gambar AFP SIASAT: Polis memeriksa kawasan di luar kediaman duta Iran di Vienna pada awal semalam selepas seorang lelaki menyerang pengawal dengan pisau ditembak mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia