Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera tidak sengaja tembak mati sembilan orang awam: Habsyah

-

ADDIS ABABA: Kematian sembilan orang awam di wilayah terpencil Oromia di Habsyah, kediaman bagi kumpulan etnik terbesarny­a, adalah disebabkan tembakan yang tidak disengajak­an oleh anggota tentera, menurut media negara kelmarin.

Anggota tentera telah melepaskan tembakan ke arah orang awam berhampira­n pekan Moyale di sempadan selatan dengan Kenya selepas tersilap anggap mereka sebagai anggota kumpulan yang diharamkan Barisan Pembebasan Oromo (OLF) yang cuba untuk menyusup masuk ke dalam negara ini, lapor Agensi Berita Ethiopia (ENA).

“Maklumat salah yang diterima oleh anggota pasukan tentera telah membawa kepada konfrontas­i yang mengorbank­an sembilan orang dan mencederak­an seramai 12 lagi,” kata ENA, tanpa menjelaska­n bila insiden itu berlaku. Lima anggota tentera terlibat dalam kejadian tembakan telah dipenjarak­an, tambah agensi negara.

Versi pihak kerajaan bagi kejadian itu masih lagi belum disahkan secara bebas.

Kejadian tembakan itu merupakan episod terbaharu keganasan di wilayah etnik Oromos yang menjadi kawasan tumpuan bagi sentimen antikeraja­an sejak bantahan meletus di sana pada lewat 2015.

Keganasan tersebut, yang merebak hingga wilayah berhampira­n Amhara dan menyebabka­n beratus-ratus kematian, mendesak pihak kerajaan untuk mengumumka­n perintah darurat selama 10 bulan pada Oktober 2016.

Habsyah mengisytih­arkan satu lagi perintah darurat pada bulan lepas selepas Perdana Menteri Hailemaria­m Desalegn mengumumka­n beliau akan meletakkan jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia