Utusan Borneo (Sarawak)

Vietnam tangkap pegawai kanan polis kendali ‘perjudian haram’ dalam talian

-

HANOI: Vietnam menangkap seorang pegawai kanan polis yang bertanggun­gjawab mengendali­kan pertaruhan dalam talian secara haram selepas dia dituduh mempunyai hubungan dengan sindiket perjudian di negara komunis itu.

Bekas ketua “jabatan teknologi tinggi” di Kementeria­n Keselamata­n Awam (MPS) yang berkuasa merupakan pegawai polis paling kanan yang disasarkan semasa satu serangan tegas terhadap gejala rasuah yang berleluasa.

Mejar Jeneral Polis Nguyen Thanh Hoa, 60, diberkas pada petang kelmarin di sebuah hospital Hanoi di mana dia dilaporkan menerima rawatan perubatan, lapor akhbar rasmi Tuoi Tre.

Dia telah disiasat kerana “menganjurk­an perjudian” di utara wilayah Phu Tho, menurut MPS dalam satu kenyataan kelmarin.

Hoa turut dilucutkan daripada jawatan polisnya oleh Presiden Vietna Tran Dai Quang, bekas ketua MPS, tambah kenyataan itu.

Laman sesawang kerajaan menyatakan anggota polis lain mungkin telah turut serta dalam kumpulan tersebut, yang dikatakan oleh media negara sebagai sebahagian daripada sebuah rangkaian antarabang­sa melibatkan berjuta- juta dolar.

Jabatan ‘teknologi tinggi’ di bawah Hoa telah bertanggun­gjawab untuk aktiviti haram dalam sesawang, termasuk penipuan dalam talian dan pertaruhan haram.

Dia menjadi terkenal kerana membantera­s perjudian dalam talian secara haram, termasuk pada 2012 ketika dia menutup beratus-ratus laman sesawang dan alamat IP dikaitkan dengan pertaruhan bola sepak haram.

Perjudian dianggap sebagai jenayah sosial di Vietnam, dan pertaruhan adalah haram bagi penduduk tempatan. Kerajaan mengumumka­n pada tahun lepas ia akan membenarka­n beberapa penduduk tempatan untuk bertaruh di kasino bagi satu asas percubaan, dan turut melonggark­an peraturan terhadap pertaruhan sukan.

Siasatan muncul ketika satu kempen antirasuah yang agresif yang menyasarka­n pegawai peringkat tinggi, ahli perniagaan dan pegawai bank.

Vietnam, salah sebuah negara paling korup di Asia Tenggara, telah lama berjanji untuk menangani rasuah, walaupun pemerhati berkata kempen sekarang tidak dapat dijangkaka­n dalam skop dan skalanya – dan kelihatan dimotivasi­kan oleh perbalahan politik.

Salah satu kes paling berprofil tinggi hingga sekarang melibatkan bekas anggota politburo Dinh La Thang yang dipenjarak­an selama 13 tahun pada Januari kerana menyebabka­n kerugian jutaan dolar ketika dia menjadi ketua PetroVietn­am milik negara, syarikat minyak paling besar di negara itu.

Transparen­cy Internatio­nal telah meletakkan Vietnam di kedudukan 113 daripada 176 dalam indeks rasuahnya, lebih teruk daripada negara jiran Asia Tenggarany­a, Thailand dan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia