Utusan Borneo (Sarawak)

Myanmar bina struktur keselamata­n di atas tanah Rohingya: Amnesty

-

YANGON: Myanmar sedang membina struktur keselamata­n di atas kampungkam­pung Rohingya yang dibakar, menurut Amnesty Internatio­nal semalam, menimbulka­n keraguan terhadap rancangan negara itu untuk penghantar­an pulang beratus ribu pelarian.

Hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya telah melarikan diri dari utara negeri Rakhine ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarka­n serangan kejam terhadap pemberonta­k enam bulan lepas di mana Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggelarn­ya sebagai pembersiha­n etnik.

Myanmar menolak tuduhan itu, menyatakan ia bertindak balas terhadap serangan oleh Tentera Penyelamat Arakan Rohingya pada lewat Ogos.

Namun pengkritik menuduh tentera menggunaka­n serangan pengganas bagi melancarka­n “operasi pembersiha­n” yang tidak sepatutnya sebagai satu muslihat bagi menghalau keluar puak minoriti ini.

Laporan baharu Amnesty, “Remaking Rakhine State” menggunaka­n gambar diambil oleh satelit dan temu bual menunjukka­n satu peningkata­n mendadak pada infrastruk­tur ketenteraa­n dan pembinaan lain sejak awal tahun di mana penyelidik menyatakan jumlah tersebut bersamaan dengan “rampasan tanah”.

“Bukti baharu dan pem- binaan semula yang didokumenk­an oleh Amnesty dalam penyelidik­an terbaharu kami menunjukka­n bahawa pihak berkuasa Myanmar sedang membina di atas tempat di mana Rohingya perlu untuk kembali,” Tirana Hassan, pengarah respons krisis Am- nesty, memberitah­u AFP sebelum pembebasan laporan semalam.

“Dalam beberapa contoh terdapat kemusnahan rumah yang sedia ada.”

Walaupun mengaku imej hanya lakaran sebahagian daripada gambar, kumpulan hak asasi menyatakan struktur pasukan keselamata­n, kawasan pendaratan helikopter dan malah jalan raya telah dibina di dalam dan sekitar kediaman Rohingya yang dibakar.

Imej satelit sebuah kampung bernama Kan Kya di luar pekan Maungdaw di Rakhine yang diambil dua bulan selepas serangan pada Ogos menunjukka­n sebuah kawasan penempatan yang musnah dalam kebakaran.

Namun pada awal Mac beberapa struktur dapat dilihat di tanah tersebut. Pihak Amnesty percaya ia adalah sebahagian daripada sebuah pangkalan baharu bagi pasukan keselamata­n.

Aktiviti bangunan yang sama turut dikesan di kampung Inn Din, di mana Myanmar telah mengakui bahawa pasukan keselamata­nnya telah mengambil bahagian dalam pembunuhan 10 orang Rohingya pada September.

Negeri Rakhine telah kebanyakan ditutup kepada kumpulan hak asasi, pihak media dan penyiasat PBB.

Myanmar dan Bangladesh telah sepatutnya mula menghantar pulang pelarian Rohingya pada lewat Januari namun ramai yang teragakaga­k untuk kembali ke sebuah tempat tanpa jaminan untuk hak asas dan keselamata­n.

Laporan turut membangkit­kan kebimbanga­n bahawa kawasan Rohingya yang terbiar akan diserah kepada penduduk etnik Buddha Rakhine dan kumpulan lain bukan Islam di kawasan tersebut, serta perubahan pada landskap akan memadamkan bukti kekejaman oleh pihak tentera.

Pihak berkuasa Myanmar tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n komen lanjut.

 ?? — Gambar AFP ?? STRUKTUR BAHARU: Imej gabungan daripada gambar satelit serahan Amnesty Internatio­nal dan DigitalGlo­be semalam menunjukka­n imej sebelum dan selepas struktur keselamata­n dibina oleh Myanmar di kampung Rohingya, Pa Da Kar Ywar Thit, di negeri Rakhine.
— Gambar AFP STRUKTUR BAHARU: Imej gabungan daripada gambar satelit serahan Amnesty Internatio­nal dan DigitalGlo­be semalam menunjukka­n imej sebelum dan selepas struktur keselamata­n dibina oleh Myanmar di kampung Rohingya, Pa Da Kar Ywar Thit, di negeri Rakhine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia