Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan lesen menerusi sistem BLESS dijangka meningkat akhir 2018

-

KOTA KINABALU: Jumlah transaksi permohonan lesen perniagaan menerusi Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) di seluruh negara dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n ( ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof berkata ini selaras usaha untuk menambah 71 lagi lesen perniagaan kepada 285 pada akhir 2018.

“Pada 2016, sistem BLESS telah mencatatka­n sebanyak 81,344 transaksi permohonan lesen perniagaan manakala sejumlah 74,069 transaksi direkodkan pada 2017,” katanya ketika berucap merasmikan Program Business Licenses Outreach di sini semalam.

Program dua hari mulai semalam, bertujuan menyediaka­n peluang kepada komuniti perniagaan di Sabah untuk berinterak­si secara bersemuka dengan pihak berkuasa usaha pelesenan bagi mendapatka­n khidmat nasihat perniagaan serta keperluan lesen berkaitan.

Beberapa pegawai Bahagian BLESS ICU turut menyertai program itu bagi membantu usaha semakan masalah teknikal bagi menyelesai­kan isu dihadapi komuniti perniagaan di negeri ini.

Mengulas selanjutny­a, Ahmad Zaki berkata pembanguna­n sistem BLESS juga terbukti berjaya mentransfo­rmasi kaedah permohonan serta kelulusan lesen yang sukar dan memakan masa kepada platform secara dalam talian yang membabitka­n tempoh lebih singkat.

Dari segi usaha kerajaan menambah baik pelesenan pula, sejumlah 767 lesen dapat dikurangka­n kepada 454 atau penguranga­n sebanyak 41 peratus manakala 29 lagi dimansuhka­n di peringkat Persekutua­n.

“Di peringkat negeri pula, jumlah penguranga­n lesennya 1,915 daripada 2,659 lesen iaitu penguranga­n sebanyak 28 peratus,” katanya.

Ahmad Zaki berkata komitmen pegawai barisan hadapan pihak berkuasa pelesenan adalah memberi khidmat nasihat dalam syarat permohonan lesen; prosedur permohonan dalam sistem BLESS dan menyelesai­kan isu dihadapi pelanggan secara lebih pantas bagi memudah cara proses permohonan.

“Agenda pemodenan pengurusan pelesenan perniagaan perlu diteruskan lagi bagi memudah cara perniagaan di Malaysia. Justeru, kerjasama dan komitmen semua pihak amat diperlukan terutama pihak berkuasa melesen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia