Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n sulung syarikat Wings Air di Lapangan Terbang Miri Khamis ini

-

MIRI: Pengiat dan pihak berkepenti­ngan dalam industri pelanconga­n di sini kini sangat teruja menyaksika­n syarikat penerbanga­n tambang murah Indonesia, Wings Air mendaratka­n pesawat pertamanya dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.

Pengurus Stesen Malindo Air, Harris Salleh berkata penerbanga­n sulung Wings Air dijadualka­n tiba di Lapangan Terbang Miri ( LTM) sekitar jam 6.20 petang, Khamis ini.

“Pada hari sama penduduk di sini juga menyaksika­n penerbanga­n pertama ke Pontianak dijadualka­n berlepas dari Miri sekitar jam 6.50 petang,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyediaan Penerbanga­n Wings Air di sini semalam.

Mesyuarat penyediaan itu dipengerus­ikan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin dan Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Harris berkata, sektor baharu itu menyediaka­n pelanggan dengan satu penerbanga­n setiap hari dari Pontianak ke Miri dan sebaliknya.

“Penerbanga­n ini menggunaka­n pesawat ATR mempunyai kapasiti 72 penumpang dengan harga tiket bermula dari RM163 untuk satu perjalanan,” katanya.

Beliau memberitah­u, mereka ingin membeli tiket penerbanga­n boleh membuat pembelian dalam talian melalui www. lionair. co.id atau www.malindoair. com.

Ditubuhkan pada 2003, Wings Air adalah anak syarikat Lion Air memberi tumpuan kepada laluan do- mestik dan kebanyakan­nya berfungsi sebagai syarikat penerbanga­n.

Kebanyakan laluan Wings Air adalah lanjutan dari syarikat penerbanga­n Lion Air Group yang lain seperti Batik Air, Malindo Air dan Lion Air.

 ??  ?? BERSEDIA: (Dari tiga kiri) Lee, Abdul Aziz dan Harris serta yang lain bergambar bersama selepas mesyuarat persediaan menerima penerbanga­n sulung pesawat Wing Air dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.
BERSEDIA: (Dari tiga kiri) Lee, Abdul Aziz dan Harris serta yang lain bergambar bersama selepas mesyuarat persediaan menerima penerbanga­n sulung pesawat Wing Air dari Pontianak ke Miri pada 15 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia