Utusan Borneo (Sarawak)

Stok Februari minyak sawit Malaysia susut 2.85% kepada 2.84 juta tan metrik

-

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruha­n stok minyak sawit Malaysia pada Februari menyusut 2.85 peratus kepada 2.48 juta tan metrik berbanding 2.55 juta tan metrik pada Januari 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) susut sebanyak 0.8 peratus bulan ke bulan kepada 1.56 juta tan metrik berbanding 1.57 juta tan metrik sebelumnya.

Menurut MPOB, stok minyak sawit diproses susut 6.15 peratus bulan ke bulan kepada 916,309 tan metrik daripada 976,389 tan metrik pada Januari 2018.

Pada bulan sama, pengeluara­n MSM bulan ke bulan susut kepada 1.34 juta tan metrik berbanding 1.59 juta tan metrik, kata MPOB.

Menurut MPOB, pengeluara­n minyak isirong sawit susut kepada 340,708 tan metrik berbanding 418,424 tan metrik sebelumnya.

Berkenaan eksport, MPOB menyebut, biodiesel untuk Februari melonjak 34,875 tan metrik bulan ke bulan berbanding 33,087 tan metrik manakala minyak sawit susut kepada 1.31 juta tan metrik berbanding 1.51 juta tan metrik

Bagaimanap­un, menurut MPOB, eksport minyak isirong sawit meningkat kepada 108,017 tan metrik berbanding 72,938 tan metrik.

Menurut MPOB, eksport hampas isirong sawit meningkat kepada 217,874 tan metrik bulan ke bulan berbanding 217,817 tan metrik manakala oleokimia susut kepada 239,199 tan metrik berbanding 255,448 tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia