Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan kasar meningkat sehingga RM40.67 untuk satu trip sehari

-

PUTATAN: Projek menggalakk­an pembiakan ikan di kawasan pesisir perairan Sabah menggunaka­n tukun tiruan berjaya meningkatk­an pendapatan kasar nelayan pantai sehingga 50 peratus, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata berdasarka­n kajian, pendapatan kasar seorang nelayan pantai meningkat sehingga RM40.67 untuk satu trip sehari selepas adanya tukun tiruan itu.

Projek ini yang dijalankan sejak 1982 menyaksika­n 1,029 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Sabah setakat ini dengan kos keseluruha­n kira- kira RM12 juta, katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mensejahte­rakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan 2018 di sini semalam.

Yahyayangj­ugaMenteri­Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata objektif lain projek berkenaan ialah untuk menghalang penceroboh­an kapal pukat tunda di kawasan pesisir pantai nelayan tradisiona­l selain memulihkan sumber perikanan pesisiran pantai yang kian merosot.

Mengenai pembayaran elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan yang layak di Sabah di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yahya berkata sera- mai 17,374 nelayan di negeri ini menerima bantuan itu setiap tahun bagi meringanka­n beban mereka.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban perbelanja­an mereka.Kerajaanme­laluiLKIM telah membelanja­kan sebanyak RM62,546,400 bagi tujuan ini dalam masa setahun sahaja (setiap tahun),” katanya.

Menurut Yahya kerajaan begitu prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi komuniti nelayan bagi meningkatk­an taraf hidup mereka sehingga ke generasi akan datang.

Katanya, kerajaan menubuhkan empat agensi khusus untuk menangani isu-isu melibatkan kehidupan nelayan di negeri ini iaitu Jabatan Perikanan Sabah, LKIM, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) serta Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA).

“Setahu saya, tiada negeri yang menyediaka­n pembelaan sebegitu besar kepada golongan nelayan seperti negeri kita ini. Justeru itu, saya memohon kepada para nelayan supaya memberikan sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan serta jabatan/agensi terlibat dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program demi kebaikan tuan-tuan sendiri,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PERCUMA: Bung Moktar menyampaik­an Kit Fertigasi Pertanian kepada salah seorang penerima di Dewan Sri Lamag.
PERCUMA: Bung Moktar menyampaik­an Kit Fertigasi Pertanian kepada salah seorang penerima di Dewan Sri Lamag.
 ??  ?? PRODUK PELAJAR: Mohd Fazli (tiga kanan) bersama pelajar PVMA mempamerka­n antara produk yang berjaya dihasilkan.
PRODUK PELAJAR: Mohd Fazli (tiga kanan) bersama pelajar PVMA mempamerka­n antara produk yang berjaya dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia