Utusan Borneo (Sarawak)

SICC bakal tingkat kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan

-

TAWAU: Sabah Internatio­nal Convention Centre (SICC) berpotensi meningkatk­an kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat apabila siap kelak, sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Yayasan Sabah (YS) Datuk Sapawi Ahmad optimis matlamat itu mampu dicapai menerusi penawaran lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

“Pembinaan SICC akan memacu kemajuan di Sabah seiring dengan arus pem- bangunan sosial dan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Siri Jelajah YS Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Menurutnya, SICC mampu menjadi titik tolak kepada ‘high end tourism’ di Sabah dan menaiktara­f Bandaraya Kota Kinabalu, sekali gus menjadi mercu tanda yang akan meletakkan negeri ini di peta dunia.

“SICC dibangunka­n Kumpulan YS dengan sokongan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri bakal menjadi hab percambaha­n minda dan salah satu ‘premium product’ di Sabah.

“Ini usaha Kumpulan YS sebagai jentera strategik kerajaan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat dengan mewujudkan industri dan memperluas­kan peluang pekerjaan,” katanya.

Sapawi berkata semua program Kumpulan YS di Zon Pantai Timur Selatan sudah memberi manfaat kepada lebih 154,000 rakyat dengan perbelanja­an lebih RM6.8 juta antara 2003 hingga 2017.

Untuk rekod, program Siri Jelajah YS kali ini disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, disertai 102 gerai pameran pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia