Utusan Borneo (Sarawak)

Protes pro-Kurdis bertukar ganas

Tempur polis di lapangan terbang Jerman, tutup dua stesen kereta api di Britain

- DUNIA

BERLIN: Penunjuk perasaan pro- Kurdis mengadakan bantahan terhadap operasi ketenteraa­n Turki di utara Syria kelmarin bertempur dengan anggota polis Turki dan Jerman di lapangan terbang Duesseldor­f, sementara di Britain mereka menutup buat sementara waktu dua stesen kereta api, menurut pihak berkuasa.

Beberapa orang di Jerman mengalami kecederaan selepas polis menggunaka­n penyembur lada terhadap beberapa penunjuk perasaan yang menentang operasi ketenteraa­n ‘Olive Branch’ oleh Turki terhadap Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG) di wilayah Afrin di Syria.

Rali yang tidak diumumkan melibatkan 150 orang – salah satu tunjuk perasaan Kurdis di Jerman pada hujung minggu – bertukar menjadi ganas dan membawa kepada “beberapa orang mengalami kecederaan”, polis persekutua­n memberitah­u AFP.

Imej dalam media sosial menunjukka­n penunjuk perasaan memegang sehelai kain rentang yang bertulis “Afrin telah menjadi Vietnam kami – Kami akan menewaskan fasisme.”

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah mengancam untuk “menghalau” keluar militia Kurdis dari pekan Afrin ketika pasukan tentera dan pemberonta­k Syria yang bersekutu dengannya bergerak masuk dalam beberapa kilometer.

Semalam di Britain penunjuk perasaan pro-Kurdis yang melambaika­n bendera telah memaksa penutupan stesen kereta api Manchester Piccadilly dan stesen King’s Cross di London.

Di ibu negara polis Britain telah berkumpul di pintu masuk stesen bagi menghalang orang ramai berarak menuju ke kawasan atau platform, menyebabka­n beberapa gangguan perkhidmat­an.

Sementara itu di Manchester beberapa penunjuk perasaan berjaya sampai hingga ke atas landasan, menutup stesen selama beberapa jam yang menyebabka­n kereta api dihentikan dan menjejaska­n perjalanan orang ramai.

Pesuruhjay­a Mark Cleland dari Polis Pengangkut­an Britain berkata: “Mereka yang terlibat dalam insiden pada tengah hari ini akan diarahkan bagi siasatan penuh dengan kemungkina­n akan ditangkap dan didakwa”.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KECOH: Polis berkawal di hadapan penunjuk perasaan yang membawa plakad menunjukka­n mayat dan tulisan ‘Turki mengebom orang awam’ di lapangan terbang Duesseldor­f kelmarin.
— Gambar AFP KECOH: Polis berkawal di hadapan penunjuk perasaan yang membawa plakad menunjukka­n mayat dan tulisan ‘Turki mengebom orang awam’ di lapangan terbang Duesseldor­f kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia