Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK KEMBANGKAN GUSTI LENGAN

Cadangan perkenalka­n sukan lasak itu dilaksanak­an di sekolah-sekolah menengah pada tahun ini

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Sarawak mempelopor­i negeri-negeri lain mengembang­kan sukan gusti lengan kalangan generasi muda apabila cadangan memperkena­l sukan itu dilaksanak­an di sekolahsek­olah menengah pada tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA), Stephen Kee berkata projek cadangan itu akan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) dan kerajaan negeri.

“Kami bercadang memperkena­l sukan gusti lengan semua di sekolah menengah di Sarawak mengikut daerah dan bahagian negeri ini.

“Buat permulaan program ini diperkenal­kan di 22 sekolah di Bahagian Kuching,” katanya kepada Utusan Borneo selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian di sini kelmarin.

Kunjungan disertai Penasihat SASA, Datuk Seri Teng Chi Lik dan ketua jurulatih program, Goh Thian Weai itu bertujuan memaklumka­n rancangan mereka kepada Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa.

Dr Sim bersetuju mem- bantu dari aspek peruntukan kewangan bagi mengadakan program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa dan Sekolah Kebangsaan ( SK) Jalan Arang - sekolah dalam kawasannya.

Beliau setuju memberi RM20,000 kepada SASA membeli meja gusti lengan bertaraf antarabang­sa bagi kegunaan dua sekolah terbabit.

Stephen berkata, program tersebut merangkumi dua aspek iaitu latihan sekali seminggu di sekolah dan latihan sekali seminggu di Gimnasium Premier 101.

Di sekolah akan diadakan latihan perlawanan antara pelajar, pendedahan teknik, cara mengurangk­an risiko kecederaan dan latihan badan asas.

Manakala di gimnasium, latihan teknik lebih mendalam, pemulihan, peraturan pertanding­an dan latihan badan lebih mendalam.

Stephen menambah apabila pelajar-pelajar bersedia dan menjalani latihan, pertanding­an diadakan bagi memilih siapa mewakili sekolah seterusnya wakil daerah dan bahagian.

“Pelajar akan mewakili kelab atau sekolah dalam pertanding­an. Menerusi proses ini, kita mempunyai calon terbaik untuk mewakili Sarawak pada pertanding­an lebih besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DEMI GUSTI LENGAN: Dr Sim bersama Teng menunjukka­n kertas cadangan memperkena­l gusti lengan kalangan pelajar. Turut kelihatan Stephen (kanan) dan Goh (dua kiri) kelmarin.
DEMI GUSTI LENGAN: Dr Sim bersama Teng menunjukka­n kertas cadangan memperkena­l gusti lengan kalangan pelajar. Turut kelihatan Stephen (kanan) dan Goh (dua kiri) kelmarin.
 ??  ?? KAWAN DI LUAR GELANGGANG: Boy Prata (kiri) bersama lawannya, Fared mempamerka­n semangat kesukanan yang tinggi.
KAWAN DI LUAR GELANGGANG: Boy Prata (kiri) bersama lawannya, Fared mempamerka­n semangat kesukanan yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia