Utusan Borneo (Sarawak)

KAPAL MINYAK MELETUP

Dua pekerja limbungan cedera parah, kapten kapal cedera ringan.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Sebuah kapal membawa minyak meletup dan terbakar mengakibat­kan dua pekerja limbungan kapal cedera parah manakala seorang kapten kapal cedera ringan ketika kapal terbabit berlabuh di Sungai Belawai, Tanjung Manis dekat sini pagi semalam.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Misran Bisara berkata, kebakaran itu berlaku ketika beberapa anak kapal dan pekerja limbungan melakukan kerja penyelengg­araan di atas dek kapal sekitar jam 10.15 pagi.

"Semasa kejadian terdapat 17 anak kapal dan lima pekerja limbungan melakukan kerja penyelengg­araan apabila insiden berlaku," katanya turut bertindak sebagai komander operasi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar jam 10.42 pagi sebelum mengerahka­n pasukan BBP Tanjung Manis dengan kekuatan tujuh anggota menaiki sebuah jentera FRT.

Pasukan sokongan BBP Sungai Merah dengan tambahan lima anggota menaiki sebuah jentera FRT dan Unit Perkhidmat­an Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) turut bergegas ke lokasi.

Misran berkata, pihaknya dimaklumka­n bahawa satu letupan berlaku sebelum kebakaran tercetus di atas dek kapal mengakibat­kan dua pekerja limbungan mengalami kecederaan luka melecur manakala kapten kapal mengalami cedera ringan di muka.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ambulans ke Hospital Sibu.

Bagaimanap­un katanya, api berjaya dipadamkan pekerja kapal sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

"Kami hanya bertindak membuat pengudaraa­n untuk mengeluark­an asap bagi memastikan api padam sepenuhnya,” jelas beliau.

Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan bomba.

 ??  ?? DAHSYAT: Bahagian dek kapal kelihatan terkopak akibat letupan itu. BANTUAN: Pasukan bomba melakukan pengudaraa­n untuk mengeluark­an asap serta memastikan keadaan selamat dan terkawal.
DAHSYAT: Bahagian dek kapal kelihatan terkopak akibat letupan itu. BANTUAN: Pasukan bomba melakukan pengudaraa­n untuk mengeluark­an asap serta memastikan keadaan selamat dan terkawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia