Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka sasar agih kit bahan bacaan khas kepada 6,000 bayi

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) menyasarka­n kira-kira 6,000 bayi akan diagihkan kit bahan bacaan khas di seluruh negeri melalui program ‘Reading Seeds’ pada tahun ini.

Program yang merupakan kesinambun­gan daripada program ‘Born To Read’ itu memperliha­tkan semua bayi yang baharu dilahirkan akan diberikan kit bahan bacaan khas bagi menggalakk­an literasi awal sejak peringkat kelahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Rashidah Bolhassan berkata, program ‘Reading Seeds’ berkenaan akan melibatkan hospital dan klinik awam di seluruh negeri.

“Pertamanya kita akan mengendali­kan latihan bersama jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) atau hospital, ibu, sukarelawa­n serta kakitangan Pustaka sendiri terlebih dahulu.

“Kemudian baharulah kita melaksanak­an program dengan mengagihka­n kit bacaan ini di klinik dan hospital awam yang bermula pada Mei nanti,” katanya pada sidang media selepas mengetuai rombongan kunjungan terhadap Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, semalam.

Tambah Rashidah program penyerahan kit Reading Seeds akan dimulakan di Hospital Sibu dan Sarikei pada 9 dan 10 Mei 2018, diikuti di Hospital Bintulu dan Miri (4 dan 5 Julai) dan Hospital Limbang (24 dan 25 September).

Beliau berkata, bahan bacaan yang diagihkan juga adalah pelbagai bahasa terutama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Bagaimanap­un program j uga bukan setakat mengagihka­n bahan bacaan secara percuma kepada golongan sasaran kita tetapi kita menyumbang balik kepada komuniti.

“Ini kerana produk dalam program ini semuanya adalah hasil daripada warga tempatan, termasuk penulis, pengarang serta diterbitka­n secara tempatan.

“Malahan bahan- bahan seperti kotak atau bakul yang kita gunakan adalah daripada komuniti tempatan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” tegasnya.

Mengulas lanjut, Rashidah berkata seiring dengan teknologi kini, Pustaka pada masa yang sama dalam perancanga­n untuk menggunaka­n pendekatan buku interaktif pada masa akan datang.

Katanya ia sebagai langkah seterusnya daripada Pustaka dalam meneruskan program kesedaran minat membaca dalam kalangan masyarakat negeri ini.

“K a m i m u n g k i n menggunaka­n aplikasi untuk buku atau buku interaktif sebagai langkah seterusnya,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Radzali ( tiga kanan) bersama tetamu lain menunjukka­n kain rentang program yang dijadualka­n pada 17 Mac ini.
SERTAI KAMI: Radzali ( tiga kanan) bersama tetamu lain menunjukka­n kain rentang program yang dijadualka­n pada 17 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia