Utusan Borneo (Sarawak)

Guru harus fahami transforma­si pendidikan negara: Harden

-

SRI AMAN: Guru luar bandar perlu memahami tranformas­i pendidikan negara agar lebih maju dan berdaya saing sejajar dengan pembanguna­n negara, kata t Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Dalam hal ini katanya, setiap warga pendidik harus bekerjasam­a dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar sekolah dapat menjadi lebih maju serta berdaya saing sejajar dengan pembanguna­n negara pada masa kini.

“Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dan jangan terlalu menyerahka­n tanggungja­wab mereka kepada pihak guru sematamata.

“Ini kerana anak-anak kita ini adalah peneraju utama negara suatu hari nanti,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Keselamata­n di Sekolah di Dewan Inspirasi Lestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman dekat sini, semalam.

Pada majlis sama, Harden turut menyeru semua pihak bekerjasam­a membantu kerajaan dalam pendidikan dan janganlah bersikap sambil lewa dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi serta bantuan kerajaan semata-mata.

Katanya kerajaan telah banyak membantu menyediaka­n pelbagai peralatan serta kemudahan untuk kegunaan sekolah dan kemudahan guru untuk membantu guru meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah.

Oleh yang demikian katanya, guru harus menggunaka­n peluang tersebut untuk meningkatk­an prestasi sekolah dengan mendidik serta melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Guru Besar Rogayah Rabaie, Pegawai Bomba Kanan II Jilin Itar, Wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Willie James, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mostapha Tugo serta guruguru kanan.

Dalam pada itu, program berkenaan turut diselitkan dengan ceramah oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sri Aman serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman. KUCHING: U n i v e r s i t i Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Open Learning Global (M) Sdn Bhd telah menandatan­gani ‘Letter of Intent’ untuk bekerjasam­a dalam menubuhkan Dana Penyelidik­an Pembelajar­an dan Belajar (SOTL) UNIMAS Open Learning.

Timbalan Naib Canselor UNIMAS ( Akademik dan Antarabang­sa) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim hadir menyaksika­n majlis itu mewakili naib canselor UNIMAS.

Dengan termeterai­nya perjanjian itu menyaksika­n satu lagi perkongsia­n strategik di antara keduadua entiti tersebut dalam mengetuai penyelidik­an dalam meningkatk­an kualiti pengajaran dan pembelajar­an serta pengerahan Pendidikan 4.0 di UNIMAS dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Open Learning Adam Brimo menyatakan bahawa kejayaan pelaksanaa­n Kursus Terbuka Secara Massive ( MOOCs) di UNIMAS tepat pada masanya untuk memberi tumpuan kepada bidangbida­ng utama lain mengenai peningkata­n kualiti MOOCs serta penyelidik­an mengenai analisis pembelajar­an.

Selaras dengan tumpuan strategik UNIMAS untuk menyediaka­n pendidikan dan latihan yang sangat baik, universiti melalui Pusat Pembelajar­an Gunaan dan Multimedia (CALM) telah secara rasmi memulakan i n i s i a t i f i t u d e n g a n memperkena­lkan geran UNITAS SoTL pada 2016.

M e m u l a k a n S o T L membuktika­n penekanan firma universiti mengenai pentingnya mempromosi­kan s e r t a m e m u p u k kecemerlan­gan dan inovasi dalam pengajaran universiti yang aktif.

Ia membolehka­n para akademik mempelajar­i pendekatan inovatif yang berbeza untuk merevolusi­kan kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajar­an di UNIMAS.

Open Learning Global ( M) Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi luar yang pertama menyediaka­n dana sebanyak RM20,000 untuk ahli akademik UNIMAS dengan memberi tumpuan kepada penyelidik­an SoTL yang ditujukan kepada pembelajar­an yang memperting­katkan t e k n o l o g i , t e r u t a m a berkaitan MOOCs dan bidang berkaitann­ya seperti Reka Cipta Pembelajar­an Sosial, ePortfolio­s dan iCGPA dan e- Pembelajar­an di rantau ASEAN.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Mostapha (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an Willie James (lima kiri), Jilin (empat kiri), Rogayah (kanan) serta yang lain semasa program berkenaan semalam.
TANDA INGATAN: Mostapha (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an Willie James (lima kiri), Jilin (empat kiri), Rogayah (kanan) serta yang lain semasa program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia