Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes dua remaja bunuh 23 penghuni tahfiz bermula 30 Mei

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 12 hari bermula 30 Mei untuk perbicaraa­n kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, dalam kejadian kebakaran yang menyayat hati, September tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 30 Mei hingga 31 Mei, 2 hingga 6 Julai serta 9 hingga 13 Julai untuk perbicaraa­n kes itu semasa sebutan kes tersebut.

Terdahulu Hakim Azman menolak bantahan awal pihak pendakwaan supaya firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co dikecualik­an atau dilarang mewakili kedua-dua tertuduh remaja itu.

Hakim itu berkata mengikut Perlembaga­an Persekutua­n setiap individu mempunyai hak untuk memilih manamana peguam bagi mewakili mereka.

“Pihak pembelaan juga telah menjelaska­n tidak akan berlaku apa- apa pertalian atau kaitan dengan dua saksi pendakwaan,” katanya.

Sehubungan itu firma guaman tersebut boleh mewakili kedua-dua remaja itu. Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak kedua-dua remaja itu.

Pada 30 Januari lepas, pihak pendakwaan mengemukak­an bantahan awal supaya peguam daripada firma guaman tersebut dikecualik­an atau dilarang mewakili keduadua remaja berkenaan den- gan alasan firma itu telah mewakili dua tertuduh lain di Mahkamah Majistret.

Pihak pendakwaan berkata ini kerana kedua-dua remaja itu merupakan saksi utama dalam kes itu dan oleh itu pihak pembelaan mempunyai akses dan keterangan yang bakal digunakan semasa perbicaraa­n nanti.

Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Kedua- dua remaja itu masing-masing menghadapi 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un Seksyen 97( 1) Akta Kanak- kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Namun, mahkamah boleh menjatuhka­n hukuman penjara selama mana yang diperkenan­kan oleh Yang diPertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Turut hadir dalam prosiding hari ini Ahmad Nazrin Abu Bakar bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pusat tahfiz dan keluarga mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia