Utusan Borneo (Sarawak)

WTA Indian Wells : Venus singkirkan Serena, Wozniacki teruskan kemaraan

-

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat (AS): Kepulangan Serena William berakhir awal apabila tewas 6-3 dan 6-4 kepada kakaknya, Venus pada kejohanan WTA Indian Wells Isnin lepas.

Venus menamatkan pertemuan ke-29 kedua-dua pemain pada mata akhir kedua, sekali gus menamatkan kempen Serena di pusingan ketiga kejohanan.

Serena berkata beliau masih cuba mengembali­kan kecergasan perlawanan.

“Ia bukan mudah,” kata beliau. “Ia bagus untuk cuba mencari rentak dan kembali dengan lebih bagus selepas ini.

“Saya tidak dapat mengulangi bagaimana saya bermain semasa latihan. Saya melakukan 10 pukulan tepat dari 10 cubaan pada sesi latihan. Ia sangat berbeza semasa perlawanan sebenar.”

Dengan keme- n a n g a n itu, Ve- n u s a k a n me - n e n - tang Anastasija Sevast o v a , y a n g mengejutka­n Julia Georges, pilihan ke-12 kejohanan, 6-3 dan 6-3.

Ia adalah pertemuan pertama dua beradik itu sejak bertarung di final Terbuka Australia 2017, di mana Serena menang sebelum berehat selama 15 bulan selepas melahirkan anak.

Ia jarang di mana kedua-dua adik beradik ini bertemu di awal kejohanan dan ia juga pertemuan paling awal di antara mereka sejak perlawanan pusingan pertama di Terbuka Australia pada 1998.

Pada perlawanan lain, juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki, menewaskan Aliaksandr­a Sasnovich 6-4, 2-6 dan 6-3.

Wozniacki menutup mulut pengkritik awal tahun ini apabila memenangi kejuaraan Grand Slam sulung di Terbuka Australia dan menjadi pemain wanita dari Denmark yang pertama memenangi kejohanan Grand Slam.

Pemain berusia 27 tahun itu yang juga pemain ranking kedua dunia, akan bertemu pilihan ke-20, Daria Kasatkina dari Rusia, yang mengejutka­n juara Terbuka AS, Sloane Stephens 6-4 dan 6-3.

“Saya berjaya meningkatk­an pergerakan saya hari ini dan bermain dengan lebih baik,” kata Wozniacki. Pada perlawanan lain, pilihan ketujuh dari Perancis, Caroline Garcia menewaskan Daria Gavrilova dari Australia 7-5 dan 6-4 sementara Danielle Collins menewaskan Sofya Zhuk dari Rusia 6-4 dan 6-4. — AFP

 ??  ?? VENUS
VENUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia