Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Zain Jaafar @ Bob juara Medic Got Talent 2018

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Mohd Zain Jaafar @ Bob, 29, berjaya menenangi Medic Got Talent (MGT) 2018 musim kedua dalam pertanding­an akhir yang berlangsun­g di Hotel Kingwood, malam kelmarin.

Beliau yang berasal dari Sibu dan berkhidmat di bahagian patologi, menewaskan lima peserta akhir yang lain dengan mendendang­kan lagu ‘Suatu Masa’ nyanyian M.Nasir.

Dengan kemenangan itu, Mohd Zain yang juga naib juara MGT musim pertama tahun lepas menerima wang tunai RM300 dan piala.

Naib johan dimenangi oleh Lokman Mohd Fadzillah, 37, yang berjaya memukau penonton dengan persembaha­n mantap apabila menyampaik­an lagu ‘Aku Sanggup’ nyanyian Suri Rashid.

Berasal dari Sibu dan berkhidmat di Hospital Saratok, beliau menerima wang tunai RM200 dan piala.

Lokman juga berjaya memenangi anugerah Peserta Pilihan MGT 2018 (Most Favorite), yang ditentukan berdasarka­n undian daripada orang ramai.

Untuk itu, beliau menerima RM50, piala dan hamper.

Catherine Joyna Elon, 25, mendapat tempat ketiga dengan persembaha­n lagu ‘Pelangi Senja’, nyanyian Stacy.

Bertugas sebagai jurupulih di bahagian fisioterap­i, peserta dari Inanam, Sabah ini menerima wang tunai RM100 dan piala.

Tiga lagi peserta yang berjaya ke akhir MGT 2018 ialah Alicessa, 38, Stephenie Mau, 28, dan Mohd Dizahari Tarmizi, 34.

Masing-masing menerima wang tunai RM20 dan piala.

Juri pertanding­an pada malam itu ialah Ajis The Crew, Lucy M dan Toddy.

MGT 2018 dianjurkan oleh Jawatankua­sa Pelaksana Hari Pembantu Perubatan Hospital Sibu 2018 dan dianjurkan bagi memeriahka­n Malam Hari Pembantu Perubatan 2018.

Program itu juga sempena dengan Hari Pembantu Perubatan Malaysia yang disambut 10 Mac setiap tahun.

Tema tahun ini ialah Profesion Diperkasa, Masyarakat Sejahtera.

Hadiah disampaika­n kepada pemenang oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Muhamad Rais Abdullah.

Hadir sama ialah Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung serta pengerusi pelaksana Hari Pembantu Perubatan 2018 Hospital Sibu, Mohd Aiman Abdullah.

Pada majlis sama turut berlangsun­g pelancaran dan perasmian Buletin AMOSH (Pembantu Peubatan Hospital Sibu).

MGT 2018 terbuka kepada semua kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan ahli keluarga di seluruh Sarawak.

Sekitar 20 peserta telah mengikuti sesi uji bakat MGT pada 24 Februari lepas untuk memilih enam peserta ke pertanding­an akhir.

 ??  ?? MGT 2018: Para pemenang Medic Got Talent 2018 bersama tetamu kehormat dan ahli jawatankua­sa penganjur merakamkan kenangan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah baru-baru ini.
MGT 2018: Para pemenang Medic Got Talent 2018 bersama tetamu kehormat dan ahli jawatankua­sa penganjur merakamkan kenangan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah baru-baru ini.
 ??  ?? JUARA MGT MUSIM KEDUA: Dr Muhd Rais (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Mohd Zain yang berjaya menjuarai MGT 2018. Turut kelihatan ialah Aiman (kiri).
JUARA MGT MUSIM KEDUA: Dr Muhd Rais (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Mohd Zain yang berjaya menjuarai MGT 2018. Turut kelihatan ialah Aiman (kiri).
 ??  ?? NAIB JUARA: Lokman (kanan) menerima hadiah daripada Dr Muhd Rais apabila diumum sebagai naib juara MGT 2018. Beliau juga menenangi anugerah Peserta Pilihan MGT 2018.
NAIB JUARA: Lokman (kanan) menerima hadiah daripada Dr Muhd Rais apabila diumum sebagai naib juara MGT 2018. Beliau juga menenangi anugerah Peserta Pilihan MGT 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia