Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DIGESA BANGKIT HADAPI FELDA

Skuad Piala Presiden tiada pilihan kecuali menang selepas tewas kepada UiTM pada Isnin lepas

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Penolong pengurus skuad Piala Presiden Sarawak, Abang Fomay Abang Sa’adeli menggesa pemainnya bangkit pada perlawanan menentang FELDA United petang ini di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Menurut Fomay, skuadnya tiada pilihan lain melainkan perlu mencatat kemenangan ke atas FELDA United selepas mereka keciciran mata ekoran kekalahan mengejut 1-0 di tangan UiTM FC pada Isnin lepas.

“Kita akan berehat panjang selepas perlawanan esok ( hari ini). Justeru, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menewaskan FELDA United untuk kembali memberi saingan.

“Pemain perlu mengambil peluang bermain di laman sendiri untuk meraih tiga mata penuh.

“Paling penting, pemain harus mengelak dari melakukan kesilapan sama ketika kita tewas kepada UiTM pada Isnin lepas,” kata Fomay ketika ditemui semalam.

Beliau juga mahu pemain tidak terlalu yakin dan memandang rendah kemampuan FELDA United.

Tegas Fomay, kekuatan FELDA United sukar diduga dan percaya skuad itu pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Saya mahu pemain kembali fokus dan cuba menge- lak dari melakukan kesilapan tidak sepatutnya.

“Belajar daripada kesilapan pada perlawanan menentang UiTM dan gunakan sebaik mungkin untuk memperbaik­i corak per- mainan,” katanya lagi.

Sarawak dijangka membuat sedikit perubahan dalam kesebelasa­n utama bagi memastikan misi memburu tiga mata penuh berjaya dicapai.

Menurut Fomay, Ketua Jurulatih Abdul Wahet Uji telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam skuad itu yang perlu dipertingk­atkan berdasarka­n perlawanan Isnin lalu.

Sarawak kini menghuni tangga kelima dalam Kumpulan B dengan kutipan tujuh mata.

Perlawanan kedua pasukan dijadual bermula pada jam 4.15 petang.

Kita akan berehat panjang selepas perlawanan esok ( hari ini). Justeru, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menewaskan FELDA United untuk kembali memberi saingan. Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong pengurus skuad Piala Presiden Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? FOMAY
FOMAY
 ??  ?? BURU KEMENANGAN: Penolong jurulatih, Abu Bakar Amran mengepalai pemain memanaskan badan sebelum sesi latihan bermula.
BURU KEMENANGAN: Penolong jurulatih, Abu Bakar Amran mengepalai pemain memanaskan badan sebelum sesi latihan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia