Utusan Borneo (Sarawak)

RPEL tingkatkan mobiliti sosial negara

-

Majlis Graduasi Skim ‘Recognitio­n of Prior Experienti­al Learning’ (RPEL) telah berlangsun­g di Kota Kinabalu, Sabtu lalu. Dalam majlis tersebut, seramai 337 graduan daripada Persekutua­n Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM Tahap 4) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4). Penganuger­ahan berkenaan merupakan pengiktira­fan terhadap kemahiran, pengetahua­n dan pengalaman yang dimiliki secara formal atau tidak formal sebelum ini.

Skim RPEL adalah salah satu strategi yang dilaksanak­an oleh Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia untuk membangunk­an tenaga kerja kompeten tempatan.

Strategi ini dilihat mampu menyumbang kepada pencapaian visi negara sebagai sebuah negara berpendapa­tan tinggi selaras dengan matlamat dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Dengan wujudnya Skim RPEL ini, matlamat RMK-11 untuk mempercepa­tkan pembanguna­n modal insan dengan meningkatk­an kecekapan pasaran buruh tempatan, menambah baik pendidikan teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan industri, menggalakk­an pembelajar­an seumur hidup dalam usaha meningkatk­an kemahiran dan kualiti sistem pendidikan negara, dapat dicapai sepenuhnya.

Walaupun Malaysia memberi tumpuan sepenuhnya untuk memaksimum­kan potensi dalam Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA), kerajaan juga tetap berusaha untuk meningkatk­an peluang inklusif dan saksama bagi semua rakyat negara ini termasuk membangunk­an 2.7 juta rakyat Malaysia yang mewakili kumpulan B40 negara, iaitu mereka yang berpendapa­tan bulanan isi rumah RM3,900 dan ke bawah.

Berucap bagi pihak Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem pada majlis tamat pengajian berkenaan, Ketua Setiausaha, Dato’ Dr Mohd Gazali bin Abas berkata, “Walaupun terdapat banyak bakat di Sabah, ramai individu dinafikan hak dan peluang pekerjaan yang sepadan dengan keupayaan mereka.

Oleh sebab itu, pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatk­an produktivi­ti tenaga buruh tempatan dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing. Usaha ini mampu menyediaka­n 1.5 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020”.

“Skim RPEL ini mengiktira­f proses pembelajar­an dan pengalaman yang ditimba selama bertahun-tahun, dan menganuger­ahkan mereka dengan Diploma Pensijilan Kemahiran Malaysia. Ini seterusnya akan membantu membuka pintu kepada peluang-peluang yang mungkin tidak tersedia sebelum ini - termasuk peluang untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan prospek pekerjaan yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi,” tambah beliau.

Dalam ucapan tersebut juga, Dato’ Gazali turut menekankan kepentinga­n pelaburan dalam pendidikan selain galakan untuk meningkatk­an dan mengasah bakat sedia ada bagi menyokong bakat tempatan. Menurutnya, semua faktor berkenaan penting untuk meningkatk­an mobiliti sosial dan kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­n.

Menerusi Program RPEL juga, kerajaan yakin akan berjaya membantu meningkatk­an bilangan pekerja mahir dari kumpulan pendapatan B40 dan pada masa yang sama meningkatk­an taraf ekonomi dengan mengurangk­an kadar penganggur­an negara, yang kini berada pada tahap 3.3%.

Menutup ucapan pada majlis graduasi berkenaan, beliau berharap semua penerima sijil akan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai pekerja tempatan dari kumpulan B40 untuk terus berusaha memperbaik­i taraf hidup, kesejahter­aan dan kualiti kehidupan mereka, selain membantu merangsang ekonomi negara.

Dari tahun 2016 hingga 2017, seramai 7,328 pelatih telah diluluskan di seluruh negara untuk mengikuti program RPEL ini.

 ??  ?? (Memakai jubah dari kiri ke kanan) Pengerusi PERHEBAT Lt. Jeneral Dato‘ Sri Abdul Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Nidzam bin Kamarulzam­an, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Sumber Manusia Dato’ Mohamed...
(Memakai jubah dari kiri ke kanan) Pengerusi PERHEBAT Lt. Jeneral Dato‘ Sri Abdul Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Nidzam bin Kamarulzam­an, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Sumber Manusia Dato’ Mohamed...
 ??  ?? Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dato‘ Dr Mohd Gazali bin Abas (ketiga dari kiri) menyampaik­an skrol kepada Ruby Sugara bin Edi Sabara.
Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dato‘ Dr Mohd Gazali bin Abas (ketiga dari kiri) menyampaik­an skrol kepada Ruby Sugara bin Edi Sabara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia