Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bakal miliki pejabat promosi pertanian, pelanconga­n di Singapura

-

Sarawak bakal mempunyai pejabat khas bagi mempromosi­kan pertanian dan pelanconga­n di Singapura selewat-lewatnya menjelang Januari 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia seperti outlet khas bagi Sarawak mengesport hasil ke negara itu termasuk pertanian.

“Kita mahu menubuhkan sebuah pejabat khas di Singapura yang akan ditempatka­n pegawai serta memiliki bilik mesyuarat.

“Saya telah mengarahka­n Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani) untuk menubuhkan pejabat selewat-lewatnya Januari 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena Perhimpuna­n Agung PBB Ke14 di sini, malam kelmarin.

Tambah Abang Johari, pejabat berkenaan akan menempatka­n pegawai yang juga penjawat awam bagi memu- dahkan interaksi.

“Kita menghantar penjawat awam ke sana dan pastinya kita menyediaka­n kemudahan kepada mereka di sana,” ujar beliau.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dua hala dengan Singapura, Abang Johari berkata Sarawak dijangka akan membangunk­an satu lagi kerjasama berkaitan perisian baharu untuk transaksi bayaran menggunaka­n hanya nombor telefon sahaja.

“Kini ada perisian baharu yang tidak perlu membuat pembayaran menggunaka­n kod QR tetapi menggunaka­n nombor telefon sahaja.

“Semasa perjumpaan bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, mereka menyatakan minat untuk bekerjasam­a dalam perkara ini.

“Ia bermakna kita boleh menjual hasil pertanian ke Singapura dan Singapura hanya perlu membayar melalui telefon sahaja kepada kita,” katanya sambil memberitah­u, ia memerlukan kerjasama pihak berkuasa Singapura dan Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dahulu.

Beliau katanya, telah memaklumka­n kepada kerajaan persekutua­n mengenai transaksi pembayaran menerusi perisian baharu itu.

“Kita banyak potensi dalam pertanian khasnya dan kita mahu menggunaka­n perhubunga­n antarabang­sa ini untuk kita meningkatk­an pertanian menerusi teknologi,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia