Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif percepat elektrik di pedalaman diberi pengiktira­fan antarabang­sa

- Oleh Nick Fletcher

SRI AMAN: Ketua- ketua masyarakat di daerah ini diseru bersikap lebih kreatif, proaktif, inovatif dan berpandang­an jauh untuk membangunk­an kampung dan rumah panjang di kawasan pentadbira­n masing-masing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata, sekiranya ketua masyarakat mempunyai ciriciri tersebut, nescaya kampung mahupun rumah panjang di bawah pentadbira­n mereka akan maju, membangun dan menguntung­kan anak buah.

“Kerajaan mahu selepas ini, mereka yang memegang tanggungja­wab sebagai ketua pentadbir di rumah panjang dan kampung harus menukar cara tadbir urus mereka kepada yang lebih kreatif sejajar dengan pembanguna­n masa kini.

“Ketepikan cara pentadbira­n lalu dan tukar kepada cara yang lebih kreatif dan inovatif agar ia menguntung­kan semua pihak terutama anak-anak buah di bawah pentadbira­n mereka,” ujarnya.

Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) dan Ketua- Ketua Masyarakat di Rumah Romeneo Tugang, Nanga Skrang dekat sini, baru-baru ini.

Masir menambah, seseorang ketua itu harus berpandang­an jauh serta kerap mengadakan perbincang­an bersama anak- anak buah, selain bersedia mendengar pendapat orang lain untuk pembanguna­n bersama.

“Sekiranya ada dalam kalangan ketua masyarakat kita bersikap sebegini, sudah pasti setiap apa yang dirancang untuk membangunk­an kampung dan rumah panjang masing-masing akan terhasil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Masir turut mengingatk­an ketua masyarakat agar menyediaka­n profil kampung masing- masing untuk tujuan rujukan pada masa depan.

“Penyediaan profil kampung penting kerana setiap data berkaitan rumah panjang dan kampung perlu dimasukkan ke dalamnya.

“Profil ini bukan sahaja untuk rujukan penduduk rumah panjang mahupun kampung malah agensi kerajaan seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kerana pihak berkuasa biasanya amat memerlukan dokumen tersebut,” tegasnya. KUCHING: Sebanyak 100 cerita berkisar pemilikan dan penghasila­n keringkam bakal dihasilkan bagi mengangkat semula martabat seni busana tradisiona­l Sarawak itu.

Menerusi penerbitan ‘My Keringkam Stories’, ia bukan sahaja merupakan projek penyelidik­an dan dokumentas­i seni sulaman keringkam, tetapi juga mendokumen­tasikan sejarah-sejarah lisan dan kisah-kisah mengenai Selayah Keringkam Sarawak.

Justeru berbangga dengan inisiatif tersebut, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan bahawa beliau akan memberi sokongan penuh bagi memastikan projek berkenaan berhasil.

“Saya melihat perancanga­n ini sebagai satu usaha murni dan jitu yang bakal menyerlah, memperting­kat dan mempopular­kan lagi seni sulaman keringkam Sarawak,” katanya ketika merasmikan ‘My Keringkam Stories’ sempena Hari Wanita Sedunia 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. KUCHING: Inisiatif bersepadu Sarawak untuk mempercepa­tkan bekalan elektrik di kawasan pedalaman mencapai kejayaan besar semalam apabila kerajaan diberi pengiktira­fan antarabang­sa pada Sidang Kemuncak Pelaburan Akses Tenaga ARE Ke-4 di Catania, Sicily.

Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak ( SARES) yang merupakan model perkongsia­n komuniti kerajaan yang inovatif menggunaka­n sistem alternatif daripada teknologi solar dan mikrohidro untuk masyarakat terpencil, telah diiktiraf dalam Anugerah ARE 2018 di bawah kategori kerajaan di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

SARES yang diterajui kerajaan negeri dan dilaksanak­an Sarawak Energy Berhad, bertujuan menyediaka­n bekalan elektrik 24 jam kepada lebih 40,000 penduduk luar bandar dalam 8,700 isi rumah menjelang 2020 di Ulu Skrang, Katibas, Nanga Merit, Bukit Mabong, Tinjar, Long Bedian, Telang Usan, Bario, Julau, Tatau, Sungai Gaat, Sungai Pila dan Medamit.

Projek RM500 juta itu bermula pada 2016 dan menjelang akhir 2018, 90 kampung akan menikmati bekalan elektrik di bawah SARES dengan 210 kampung lain menjelang 2020.

Menerima anugerah itu bagi pihak kerajaan negeri

Saya melihat perancanga­n ini sebagai satu usaha murni dan jitu yang bakal menyerlah, memperting­kat dan mempopular­kan lagi seni sulaman keringkam Sarawak. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Projek ‘ My Keringkam Stories’ merupakan usaha sekumpulan anak jati Sarawak selaku penyelidik bebas yang sudah memulakan penyelidik­an dan dokumentas­i berkisar mengenai Selayah Keringkam Sarawak yang diketuai Salliza Sideni, Patricia Peng, Danny Mohamad Zulkifli dan Amirul Shazie Yusuf. ialah Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom sambil disaksikan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Pengarah Bekalan Elektrik, Kementeria­n Utiliti Syed Mohamad Fauzi Shahab, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili serta Naib Presiden Penyelidik­an dan Pembanguna­n Dr Chen Shiun.

Dalam ucapannya, Dr Rundi berkata Sarawak menyasar membekalka­n 100 peratus elektrik kepada semua rakyat menjelang 2025.

“Ini adalah mencabar memandangk­an kira- kira 45 peratus penduduk Sarawak tinggal di luar bandar yang luas dengan kawasan yang bergunung-ganang, di sepanjang sungai dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata sejak 10 tahun lalu melalui pembiayaan kerajaan persekutua­n dan negeri, Sarawak telah meningkatk­an kadar elektrikny­a daripada 56 peratus pada 2009 kepada 90 peratus hari ini, sekali gus membuka jalan bagi peluang dan pembanguna­n sosioekono­mi untuk komuniti.

Mengucapka­n terima kasih kepada ARE atas anugerah tersebut, Dr Rundi berkata Sarawak akan terus belajar daripada pengalaman negaranega­ra lain dan berkongsi kejayaan dalam usaha menerangi

Matlamat utama ‘My Keringkam Stories’ ialah mendokumen­tasikan sejarah dan pelbagai kisah tudung keringkam Sarawak selain memartabat­kan keringkam dan seni sulamannya setanding dengan seni-seni lain seperti songket, pua kumbu, tekat dan sebagainya.

Ini amat penting bagi warisan masa depan dan bagi masyarakat luar bandar secara keseluruha­nnya.

Mengulas mengenai anugerah itu, Sharbini berkata pengiktira­fan ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras yang diletakkan beberapa pihak termasuk komuniti sendiri.

“Memenuhi keperluan asas dengan bekalan elektrik 24 jam merupakan permulaan untuk masa depan yang lebih cerah.

“Sarawak Energy bertekad untuk membantu negeri mencapai misi 100 peratus liputan elektrik menjelang 2025 bagi memberi faedah kepada penduduk Sarawak, sama ada mereka yang tinggal di bandar atau di bahagian paling jauh dalam negeri ini,” katanya.

Sidang Kemuncak Pelaburan Akses Tenaga ARE Ke-4 bertujuan menyediaka­n para peserta dengan pandangan menyeluruh tentang kerangka dasar sektor tenaga bersih dan trend industri utama bagi memupuk integrasi masyarakat terpencil ke dalam ekonomi yang sedang pesat membangun di seluruh dunia.

Lebih 250 peserta menghadiri acara ini termasuk perwakilan peringkat tinggi daripada organisasi yang sedang membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin dan juga daripada sektor swasta, badan kewangan dan penyedia teknologi yang terlibat dalam sektor luar grid. memastikan kesinambun­gan serta kelestaria­n seni sulaman keringkam Sarawak agar tidak lapuk dek peredaran zaman.

Sehubungan itu, Fatimah berharap penyulam-penyulam lama dan baharu akan turut serta dalam projek berkenaan bagi mengekalka­n identiti teknik sulaman dan motif keringkam Sarawak yang halus seni pembuatann­ya dan kekal di kelasnya yang tersendiri.

“Bagi penyulam muda, anda boleh menghasilk­an motif- motif atau inovasi baharu dalam seni sulaman keringkam bukan sahaja sebagai tudung bahkan baju kurung, kebaya, cekak rambut, tas tangan dan lain-lain namun kekalkanla­h teknik yang menjadi teras identiti Sarawak,” katanya.

Pada zaman dahulu, keringkam hanyalah dipakai oleh golongan kelas atasan semasa sesuatu majlis khas termasuk perkahwina­n dan para penyulam ketika itu hanyalah suri rumah sepenuh masa.

Namun kini, keringkam sudah menjadi suatu barangan yang mampu milik dan para penyulam bukan sahaja terdiri daripada suri rumah tetapi juga wanita berkerjaya demi minat atau menjana pendapatan sampingan.

Malah paling menarik, seni keringkam kini turut menarik minat penyulam golongan lelaki dan ia merupakan satu trend yang amat membanggak­an.

Sementara itu, majlis turut dihadiri para penyulam keringkam lama dan baharu, pemilik, pengumpul, pencinta keringkam, pereka fesyen, pewaris, penyelidik, penulis, jurumekap/mak andam serta penggiat budaya seni sulaman keringkam.

Majlis turut menyaksika­n pameran beberapa helai keringkam lama yang kebanyakan­nya berusia antara 45 hingga 60 tahun, termasuk tiga helai yang dipercayai berusia hampir 100 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia